Keberkesanan Kaedah Demonstrasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Modul Pendawaian Elektrik Tiga Fasa

Effectiveness of Video Demonstration Method in Teaching and Learning for Three-Phase Electrical Wiring Module

Authors

  • Jamunarani a/p Muthusamy Kolej Komuniti Kuala Langat

Keywords:

pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran melalui kaedah demonstrasi, video

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesesuaian kaedah demonstrasi dengan video dalam bidang pemasangan elektrik. Modul yang dipilih untuk kajian ini adalah modul pendawaian elektrik tiga fasa yang memfokuskan proses amali membentuk sesalur dan pembuluh logam dengan betul dan tepat. Proses amali ini memerlukan fokus dan perhatian yang terperinci bagi menjalankan amali tersebut. Responden kajian ini adalah pelajar semester dua dari jurusan Sijil Pemasangan Elektrik (SPE) yang sedang mempelajari modul berkenaan di Kolej Komuniti Kuala Langat. Keberkesanan kaedah demonstrasi dengan video ini dikaji menggunakan Teori Pembelajaran Gagne Sembilan Fasa. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science Version 17.0 (SPSS Versi 17.0) bagi mendapatkan skor min dan peratusan bagi setiap item. Keputusan menunjukkan fasa perolehan ingatan kembali mencatatkan nilai min yang tinggi berbanding fasa proses pembelajaran yang lain. Manakala fasa jangkaan mencatat nilai min yang rendah. Kesimpulannya, sesi pembelajaran dengan pelaksanaan kaedah demonstrasi dengan video menyumbang kepada proses pembelajaran dan mengingat teknik-teknik serta prosedur untuk menjalankan amali membentuk sesalur dan pembuluh logam dengan betul dan tepat. Kerjasama para pelajar dalam melaksanakan projek amat memberangsangkan dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan realistik. Projek ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran amali dalam kalangan pelajar. 

This study was conducted to determine the suitability of a video demonstration method in the field of electrical installation. A module chosen for this study is a three-phase electrical wiring module that focuses on the practical process of forming trunks and metal vessels correctly. This practical process requires a high focus and attention to details for the practical exercise. Respondents selected were second semester students majoring in the Electrical Installation Certificate (SPE) which is studying the module in Kuala Langat Community College. Demonstration of the effectiveness of video media is examined using Nine-Phase Gagne Learning Theory. Data obtained from the questionnaires were analyzed using the Statistical Package for Social Science Version 17.0 (SPSS version 17.0) to obtain mean scores and percentages for each item. Results show the memory acquisition phase relisted ​​higher mean value than the other phases of the learning process. While the expected phase records a lower mean value. In conclusion, the implementation of video demonstrations in learning sessions contributes to the learning process and remembering the correct techniques and procedures to carry out the practical form of trunks and metal vessels correctly. Students cooperation in the project is promising and it can create a learning environment that is attractive and realistic. The project can also increase knowledge and practical skills among students.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-29

How to Cite

Muthusamy, J. a/p. (2019). Keberkesanan Kaedah Demonstrasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Modul Pendawaian Elektrik Tiga Fasa: Effectiveness of Video Demonstration Method in Teaching and Learning for Three-Phase Electrical Wiring Module. Journal of ICT in Education, 3, 35–54. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2607