Analisis keperluan: Penguasaan kemahiran pratulis kanak-kanak prasekolah

Authors

  • Wan Noor Syamimi Binti Wan Zamani Nor Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Zaharah Binti Osman Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol14.1.2.2025

Keywords:

Kemahiran Pratulis, Kanak-kanak Prasekolah, Analisis Keperluan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dalam penguasaan kemahiran pratulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berumur 5 tahun. Instrumen utama yang digunakan ialah soal selidik yang melibatkan 30 orang guru prasekolah. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif menggunakan peratusan deskriptif melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Hasil kajian menunjukkan maklum balas positif daripada guru-guru prasekolah terhadap keperluan meningkatkan kemahiran pratulis kanak-kanak. Majoriti guru bersetuju dengan item-item yang dinyatakan, dengan nilai peratusan yang memuaskan. Ini menunjukkan bahawa aspek penguasaan kemahiran pratulis adalah kritikal dan perlu diberikan perhatian dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Implikasi kajian menunjukkan bahawa usaha meningkatkan kemahiran pratulis berpotensi memberikan kesan positif kepada perkembangan awal kanak-kanak. Intervensi yang sesuai dapat membantu mengukuhkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran pratulis. Secara keseluruhan, kajian ini menekankan keperluan asas literasi awal yang kukuh bagi memastikan kanak-kanak lebih bersedia untuk memasuki pendidikan formal dengan kemahiran pratulis yang mantap.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Masnan, Nur Ellina Anthony, & Nur Arifah Syahindah Zainudin. (2019). Pengetahuan Pengajaran Dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 8, 33-41. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/3156/2170

Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, & Aziyati Zahirah Asnil Aimi. (2020). Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ dan 6+ Tahun. Jurnal Kesidang, 5. https://unimel.edu.my/journal/index.php/JK/article/view/769/61599-111.

Anis Norma Mohammad Jaafar, Prabhakaran, Shobana., Hasrul Hosshan, Mohd Muslim Md Zalli, & Mohd Afifi Bahurudin Setambah. (2022). Penggunaan Kit ‘My Fimoki’ dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8). https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1689/1201

Azreena Aqilah Azlan. (2024). Aplikasi Visual Montaj Tokoh Seni Kraf Malaysia melalui Seni Visual Tingkatan 1. KUPAS SENI, 12(1), 37-45. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/download/9399/4945

Mohamad Albaree Abdul, Zaharah Osman, Saedah Siraj, Norhafizi Mohd Arof, & Hazhari Ismail. (2022). Pandangan Guru Tadika Terhadap Aspek Kemahiran Sosial dalam Kalangan Kanak-Kanak: Satu Analisis Keperluan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 11(2), 1-12. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/7098/4244

Mohammad Nurulanuar Hussin & Jamilah Mohd Basir. (2024). Keberkesanan Pembangunan Modul Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 13(1), 116-128. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/9326/5064

Nabilah Asha, Saedah Siraj, Hazhari Ismail, Romarzila Omar, Suzatul Akmar Samad, & Enayatul Fadliyah Ninari. (2020). Penggunaan Big Book Dalam Kalangan Guru Tadika Untuk Perkembangan Literasi Kanak-Kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 106-112. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4542/2691

Noraina Maliha Ismail, Andi Nur Nabilah Syafiqah Bacho, & Annur Khalisah Mohamed Raffee. (2023). Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Menggunakan Pensel Besar Berbentuk Segi Tiga. Jurnal Kesidang, 8, 30-45. http://www.unimel.edu.my/journal/index.php/JK/article/view/1479/1175

Nor Amizah & Christina Andin. (2024). Rangsangan Kemahiran Motor Halus dan Kognitif Murid Prasekolah Menggunakan Playdough. Jurnal Pemikir Pendidikan, 12(1), 73-82. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/5009

Nur Ain Kamal, Maizatul Najwa Jajuli, & Mohd Azlan Nafiah. (2023). Pembangunan dan Persepsi Kebolehgunaan MultaTLC dalam Kalangan Pelajar Kimia di UPSI. E-Prosiding Projek Penyelidikan Tahun Akhir Jabatan Kimia, 1(1), 51 55. E-PROSIDING-2023-Issue-1-1.pdf#page=30.pdf

Nurul Izzati Kamaruddin, Anis Norma Mohammad Jaafar, & Roslina Omar. (2022). Penggunaan bahan Bantu Mengajar “LPS” dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5 Tahun. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15, 172-185. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/download/7184/3700/32728

Pekdogan, S. & Akgul, E. 2017. Preschool children’s school readiness. International Education Studies 10(1).

Tse, L. F. L., Siu, A. M. H. & Tsang, C. W. P (2019). Assessment of early handwriting skill in kindergarten children using a Chinese name writing test. Reading and writing, 32(2), 265-284. https://link.springer.com/article/10.1007/s11145-018-9861-6

Downloads

Published

2025-01-03

How to Cite

Wan Zamani Nor, W. N. S., & Osman, Z. (2025). Analisis keperluan: Penguasaan kemahiran pratulis kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 14(1), 13–23. https://doi.org/10.37134/jpak.vol14.1.2.2025