PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN LAGU DIDI & FRIENDS

EMOTIONAL DEVELOPMENT OF CHILDREN USING DIDI & FRIEND’S SONG

Authors

  • Zaharah Osman Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

perkembangan, emosi, aktiviti, nyanyian, lagu, development, emotions, activities, singing, song

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perkembangan emosi kanak-kanak dalam aktiviti muzik. Kajian ini telah dijalankan di sebuah taska di Petaling Jaya, Selangor. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah penyelidikan secara kualitatif. Kajian ini melibatkan empat orang kanak-kanak taska iaitu tiga orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur tiga tahun. Kaedah kajian yang digunakan bagi pengumpulan data ialah pemerhatian menggunakan borang senarai semak, temubual dan analisis dokumen. Borang senarai semak yang digunakan adalah mengenai tahap perkembangan emosi kanakkanak sebelum dan selepas aktiviti muzik menggunakan Didi & Friends. Manakala temubual bersama guru taska dijalankan untuk mendapatkan pandangan terhadap perkembangan emosi kanak-kanak dalam aktiviti menggunakan lagu Didi & Friends. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti muzik menggunakan lagu Didi & Friends memberi impak yang positif dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak dan amat wajar digunakan sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran.

This study is intended to look at the emotional development of children in musical activities. The study was conducted at a nursery in Petaling Jaya, Selangor. The design study is a qualitative research. The study included four children, three boys and a girl aged three years. The methodology used for collecting data is observation using a checklist. Checklist used is on the emotional development of children before and after the musical activities using Didi & Friend. Interviews with nursery teachers conducted to obtain views on the emotional development of children in activities using songs Didi & Friends. The results showed that the activity of music with songs Didi & Friends have a positive impact on fostering a child's emotional and highly desirable for use as an alternative teaching and learning methods.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-23

How to Cite

Osman, Z. (2016). PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN LAGU DIDI & FRIENDS: EMOTIONAL DEVELOPMENT OF CHILDREN USING DIDI & FRIEND’S SONG. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 5, 49–60. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/877