Analisis keperluan pembangunan Math Addition Bag untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah dua digit kanak-kanak prasekolah

Authors

  • Nur Atiqah Nadhrah Bahrun Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Norly Jamil Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.2.10.2023

Keywords:

operasi tambah, pendidikan awal kanak-kanak, model addie, prasekolah, kanak-kanak

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembangunan Math Addition Bag untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah dua digit dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah kajian tinjauan rentas silang berpandukan reka bentuk Model ADDIE. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 32 orang guru prasekolah. Sampel dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu melihat peratusan, min dan peratusan menggunakan SPSS (Statistical Package of Social Science) versi 20. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar berbentuk permainan perlu menarik minat kanak-kanak dalam subjek Matematik mempunyai nilai min yang paling tinggi bagi di mana seramai 100% responden guru menyatakan ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dengan nilai min adalah 4.75 (s/p = 0.440). Selanjutnya, dapatan kajian juga mendapati bahawa bahan bantu mengajar berbentuk permainan perlu membantu kanak-kanak mengenali simbol tambah (+) dan sama dengan (=) di mana seramai 96.9% responden ‘setuju’ dan ‘sangat setuju dengan nilai skor min 4.38 (s/p = 0.609). Menerusi dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa kesemua item bagi soal selidik mendapat peratusan yang tinggi. Justeru, terdapat keperluan untuk pembangunan Math Addition Bag ini bagi meningkatkan kemahiran operasi tambah dua digit dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini akan dilanjutkan dengan melibatkan fasa-fasa kajian lain berlandaskan model ADDIE.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bond, Trevor., & Fox, Christine. (2007). Applying The Rasch Model – Fundamental Measurement in the Human Sciences. 10.1111/j.1745-3984.2003.tb01103.x.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan buku 1. Selangor: McGraw- Hill. Malaysia.

Hidayati, E., & Murayanto, H. (2015). Peningkatan kemampuan membilang 1-20 melalui permainan tutup botol pada anak kelompok B TK Dharma Wanita Kepuhrejo Kecamatan Takeran Kabupaten Magetan tahun pelajaran 2014/2015. Jurnal CARE (Children Advisory Research and Education), 3(2), 51-64.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. (Tesis Ph.D, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017).

Mohd Alim, M., & Zaini, S. H. (2021). Persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 1-15. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.1.2021

Nor Fauzian Kassim., & Fauziah Hanim Abdul Jalal. (2015). Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Modul Pendidikan Akhlak : Isu Dan Cabaran Masa Kini.

Norhaizian Seman., Aliza Alias., & Zanaton Iksan. (2022). Penerokaan Laras Bahasa Guru Prasekolah Dalam Pengajaran Matematik Awal. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43-61.

Nurul Farhanah Bakar., & Aliza Alias. (2021). Pengetahuan dan Kemahiran Guru Mengenai Bahan Bantu Mengajar bagi Matematik Awal di Prasekolah. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(4).

Tasripin, N., Hairi, A. M. M., & Wahi, N. H. A. (2021). Permainan interaktif membantu pembelajaran matematik awal kanak-kanak empat tahun. Jurnal Kesidang, 6(1), 62-68.

Ompok, C. C. (2021). Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor Dan Lembaran kerja dalam pembelajaran Matematik Awal kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 235-251. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.111

Ompok, C. S., & Bacotang, J. (2019). Kesan kaedah mengajar terhadap pencapaian awal matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 8-16. https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.2.2019

Puteh, S. N., & Ali, A. (2016). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1-16.

Kamaruddin, Z., & Mohamed, S. (2019). Keberkesanan Pendekatan Bermain dalam Kemahiran Mengenal Huruf Melalui Permainan Bahasa. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 108-118.

Downloads

Published

2023-12-08

How to Cite

Bahrun, N. A. N., & Jamil, N. (2023). Analisis keperluan pembangunan Math Addition Bag untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah dua digit kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 12(2), 114–127. https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.2.10.2023