Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun

Authors

  • Nik Nurul Anis Nik Abdullah Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Norly Jamil Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Siti Naimah Rahman Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.2.3.2023

Keywords:

Pembangunan, bermain sambil belajar, kad bacaan, kemahiran membaca, kanak-kanak

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan permainan kad bacaan dengan mengintegrasikan kaedah belajar sambil bermain bagi kanak-kanak 4 tahun. Jadi, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan Model ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan, dan penilaian. Pensampelan kajian menggunakan pensampelan kebarangkalian secara rawak mudah. Sampel kajian melibatkan tiga fasa, iaitu seramai 30 orang guru tadika dan prasekolah bagi fasa analisis, dua pakar kesahan dan 30 orang pakar pelaksana bagi fasa reka bentuk, dan 30 orang guru tadika di daerah Muallim bagi fasa perlaksanaan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik, iaitu Soal Selidik Analisis Keperluan Pembangunan Kad Bacaan, Soal Selidik Kandungan Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun, dan Soal Selidik Kebolehgunaan bagi Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun. Kesemua instrumen menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach di antara 0.7 sehingga 0.8 diintepretasikan sebagai baik dan boleh diterima. Dapatan bagi fasa analisis mendapati wujud keperluan untuk membangunkan bahan bantu mengajar kemahiran membaca kanak-kanak apabila menunjukkan min dan sisihan piawaian tahap tinggi. Bagi fasa reka bentuk guru-guru tadika bersetuju tujuh elemen yang penting perlu ada pada kad bacaan yang hendak dibangunkan. Manakala, hasil data kebolehgunaan Kad Bacaan dipersetujui oleh guru-guru tadika membantu dalam kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun dengan interpretasi tahap tinggi. Cadangan kajian lanjutan boleh difokuskan kepada penilaian keberkesanan kad bacaan ini dalam meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak. Kesimpulannya, pembangunan kad bacaan ini relevan dan sesuai dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Asha, N., Siraj, S., Ismail, H., Omar, R., Samad, S. A., & Ninari, E. F. (2020). Penggunaan big book dalam kalangan guru tadika untuk perkembangan literasi kanak-kanak: The usage of big book among kindergarten teachers for children’s literacy development. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 106-112.

Balanadam, J., & Jamaluddin, K. A. (2021). Isu dan Cabaran dalam Kemahiran Membaca Dikalangan Murid Sekolah Rendah di Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 127-135.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences (3rd ed.). Mahwah, NJ: L. Erlbaum.

Ching, L. S., & Tahar, M. M. (2021). Penggunaan peralatan multisensori buku audio dalam meningkatkan minat murid-murid masalah pembelajaran terhadap membaca. Jurnal Dunia Pendidikan, 530-536.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan-Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2), Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Cooper, D. and Schindler, P. (2011) Business Research Methods. 11th Edition, McGraw Hill, Boston.

Cresswell J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (3rd Edition): SAGE, UK.

Dick, W., & Carey, L. (1996). The systematic design of instruction (4th Ed.). New York: Harper Collins.

Gaab, N., & Petscher, Y. (2022). Screening for early literacy milestones and reading disabilities: The why, when, whom, how, and where. Perspectives on Language and Literacy, 48(1), 11-18.

Gustafson, K. L., & Branch, R. M. (2007). What Is Instructional Design? In R. A. Reiser, & J. V. Dempsey (Eds.), Trends and Issues in Instructional Design and Technology (pp. 10-16). New Jersey: Pearson Education.

Henry, J., & Mamat, N. (2022). The Effectiveness of Using Scan Cards in Improving the Early Reading Skills of 4-Year-Old Children. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15, 147-159. https://doi.org/10.37134/bitara.vol15.sp.14.2022

Isahak Haron. (2011). Kaedah Mengajar Literasi Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Dengan Tumpuan Kepada Kaedah Gabungan Bunyi Kata. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ishak, N. Q., & Mohammad, W. M. R. W. (2020). Keberkesanan VAKT dalam meningkatkan penguasaan membaca perkataan digraf dan konsonan bergabung bahasa Melayu murid Melanau di kelas pemulihan khas. Jurnal Dunia Pendidikan, 24-31.

Jamian, A. R. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,1-12.

Joan Herberg, T. F. McLaughlin K. Mark Derby & Kimberly P. Weber. 2012. The Effects ofrepeared Readings and Flashcard Error Drill The Reading Accuracy and Fluency with Rural Middle School Student with Learning Disabilities. Academic Research International Journal 3, Volume 2: 2012. Gonzaga University USA.

Downloads

Published

2023-10-20

How to Cite

Nik Abdullah, N. N. A., Jamil, N., & Rahman, S. N. (2023). Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 12(2), 18–29. https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.2.3.2023