Pembangunan E-Modul OLEOCHEMIX bagi topik kimia konsumer dan industri dan kajian persepsi terhadap guru pelatih kimia
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.1.8.2025Keywords:
Kimia konsumer dan industri, persepsi, e-modul, kebolehgunaanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan e-modul OleoChemix bagi topik Kimia Konsumer dan Industri Tingkatan 5 serta mengkaji persepsi guru pelatih kimia terhadap kebolehgunaannya. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian pembangunan berpandukan model ADDIE. Instrumen kajian merangkumi borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan e-modul, yang terdiri daripada tiga konstruk utama: kebergunaan, kemudahgunaan, dan kepuasan terhadap e-modul. Seramai 102 orang guru pelatih daripada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia Semester 6 dan 7 telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan teknik pensampelan mudah. Selain itu, dua orang pakar turut terlibat dalam semakan kesahan muka dan kandungan e-modul serta penilaian kesahan soal selidik persepsi. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menganalisis data kajian. Hasil analisis menunjukkan nilai peratusan persetujuan pakar adalah sangat tinggi (100%) bagi kesahan muka dan kandungan. Data kebolehpercayaan daripada kajian rintis turut menunjukkan tahap yang sangat tinggi, dengan nilai Alfa Cronbach 0.9. Sementara itu, analisis deskriptif terhadap tahap kebolehgunaan e-modul, yang merangkumi tiga konstruk utama (kebergunaan, kemudahgunaan, dan kepuasan), menunjukkan nilai min 3.87 dengan sisihan piawai 0.24. Kesimpulannya, e-modul OleoChemix berjaya dibangunkan dan diterima secara positif oleh responden. Implikasinya, e-modul ini sesuai dijadikan alat bantu mengajar dalam proses pembelajaran, membantu pelajar memahami topik Kimia Konsumer dan Industri dengan lebih berkesan.
Downloads
References
Adriani, D., Lubis, P.U., Triono, M.A.A. (2020). Teaching Material Development of Educational Research Methodology with ADDIE Models. Proceedings of the 3rd International Conference Community Research and Service Engagements, North Sumatra, Indonesia.
Anua, N.A., Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Pembangunan permainan Periodicard dan kajian persepsi bagi topik Jadual Berkala Unsur. Asian Pendidikan, 4(2), 69-71.
Ayob, N.A., Salleh, W.M.N.H.W. (2024). Pembangunan dan kebolehgunaan alat bantu mengajar Ionic Wheeler dalam subtopik Formula Kimia Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(1), 116-121.
Azman, A.H., Rahman, A.A. (2022). Pembangunan e-modul pembelajaran Asas Ni Multisim. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 2(2), 86-98
Barai M.A.A., Ibrahim D. A., Som N.A.M. (2022). MeMojam; kaedah pembelajaran isomerism dan struktur kimia organik. Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Kedua Tahun 2022 (KonPPI-2-2022), 172-181
Basir, N.F.N., Salleh, W.M.N.H.W. (2024). Persepsi Guru Pelatih Sains terhadap Kit Permainan Matter-Build Thinkersbagi Topik Jirim Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 14(2), 21-27.
Chew, F.P., Hamad, Z.H. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui teknik penyoalan. Malay Language Educational Journal, 8(1), 1-12.
Darusalam, G., Hussin, S. (2021). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Univerisity of Malaya Press.
Delima, K., Budiarta, K., Hasyim, H. (2021). The using of e-module as teaching materials development to improve students’ learning outcomes at SMA Swasta BPI Paluh Kurau. Jurnal Pendidikan Ekonomi, 9(2), 212-221.
Doraiseriyan, E.R., Damanhuri, M.I.M. (2021). Tinjauan keperluan terhadap Pembinaan Permainan dalam Pembelajaran tajuk Garam bagi pelajar Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11, 21-28
Dzwigol, H. (2021). Methodological approach in management and quality sciences. E3S Web of Conferences, 307, 01002.
Faridah, C.I., Afham, A. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of Marketing. Online Journal for TVET Practitioners, 4(1), 1-11.
Fikri, N.F.A.M., Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Pembangunan modul aktiviti interaktif limo bagi subtopik gerakan linear dan kajian persepsi dalam kalangan guru pelatih. Asian Pendidikan, 3(2), 65-70.
Gay, L.R., Mills, G.E., Airasian, P.W. (2012). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. 10th Edition, Pearson, Upper Saddle River.
Ghani, M.A. (2015) Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: Bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. Conference: Proceedings of the International Seminar on Language Teaching, Bangi, Malaysia.
Idris, N. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Mc Graw Hill, Kuala Lumpur.
Ingo E., Michael L. (2022). Greening the chemistry curriculum as a contribution to education for sustainable development: When and how to start? Current Opinion in Green and Sustainable Chemistry, 37, 100662.
Johar S.H., Abdullah N.S. (2019). Pembangunan e-modul augmented reality bagi subjek semiconductor devices untuk guru TVET. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 99-104.
Joseph, V.C., Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Development and perception of chemistry trainee teachers towards usability of periodic block game for topic periodic table. Asian Pendidikan, 3(1), 79-82.
Jupeth, T.P. (2023). Quantitative Research Instrumentation for Educators. Conference: Lecture Series on Research Process and PublicationAt: Cabanatuan City, Philippines.
Kamarudin, N.H., Khairuddin K.F., Mansor A.Z. (2022). Penggunaan bahan bantu mengajar guru pendidikan Khas dalam meningkatkan kemahiran Matematik operasi darab. Malaysian Journal of Science and Humanities, 7(1), 176-182
Khalik, M., Talib, C.A. (2022). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jurusan Kimia dalam kalangan prasiswazah. Sains Humanika, 14, 125-135i
Krejcie, R.V., Morgan, D.W. (1970) Determining sample size of research activities, Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610
Moreno, R., Mayer, R.E. (2007). Interactive Multimodal Learning Environments. Educational Psychology Review, 19(3), 309-326.
Nasir, M.Z.A.A. (2023). Pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan bagi tajuk Jadual Berkala Unsur Tingkatan 4. Tesis Sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nazuardi, N.H., Salleh, W.M.N.H.W., Balasundram, N. (2023). Pembangunan dan kajian persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan Bio-Mission Ladder Board bagi topik Meiosis. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 13(2), 112-118.
Nor, M.M. (2003). Penghasilan modul e-pembelajaran berkonsepkan web: penyaliran jalan raya. Tesis Sarjana Muda, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Osman, N.W., Salleh, W.M.N.H.W., Taha, H. (2024). Kajian korelasi gaya pembelajaran visual, auditori, dan kinestetik terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar dalam topik Respirasi. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 14(1), 29-37.
Othman, A., Ibrahim D.A., Talib, O. (2019). Teaching and learning based on organic chemistry taxonomy bloom. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 8(1), 12-21.
Pallant, J. (2007). SPSS survival manual-A step by step guide to data analysis using SPSS for windows (3rd ed.). Maidenhead: Open University Press.
Panggabean, F.T.M., Silitonga, P.M., Sinaga, M. (2021). Development of Biochemistry eModule to improve students’ higher order thinking skills. Proceedings of the 6th Annual International Seminar on Transformative Education and Educational Leadership, Atlantis Press.
Pratamadita, A., Dwiningsih, K. (2022). Development of Interactive E-Modules as a Learning Media to Train Visual-Spatial Intelligence on Intermolecular Force Materials. Jurnal Kependidikan: Jurnal Hasil Penelitian dan Kajian Kepustakaan di Bidang Pendidikan, Pengajaran dan Pembelajaran, 8(1), 31-42.
Prensky, M. (2001). Digital Game-Based Learning. McGraw-Hill.
Ruslan, S.F.N., Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Kajian pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik Ikatan Ion dan Kovalen Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16(2), 11-15.
Saad, A.R.M (2021). Pembangunan dan kebolehgunaan modul IRSPEC CLASSCRAFT bagi topik spektroskopi Inframerah. Tesis Sarjana Muda, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sajari, F.F.M., Zulkifli, H., Surat, H. (2023). Kesahan dan kebolehpercayaan instruman kesediaan GPI melaksanakan model Tasmik j-QAF secara dalam talian. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 7, 16-29.
Siregar, E.S., Kurniati, R. Rahayu, S. (2022). Multimedia as a Learning Tool in Training Reading Skills of Elementary Schools Students. Journal of Education Technology, 6(2), 299-307.
Sintawati, N.P., Margunayasa, I. G. (2021). Interactive E-Module for Science Learning Content: Validity and Feasibility. International Journal of Elementary Education, 5(1), 19–29.
Ullah, I., Khan D.A.S., Hakal, D.M., Khalid, S., Hashmi, M.A. (2023). Objective to conduct a pilot study in research. Journal of Positive School Psychology, 7(1), 1091-1100.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Siti Nur Asma Din, Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh, Zainun Mustafa

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


