Di Sebalik Jarum Dan Benang: Pandangan Guru Terhadap Cabaran Mengajar Reka Bentuk Fesyen Dalam Subjek Reka Bentuk Teknologi Di Sekolah
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol19.sp.4.2026Keywords:
Fesyen, Rekabentuk Teknologi, Kualitatif, Cabaran GuruAbstract
Industri fesyen sedang berkembang pesat dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Bidang ini juga dilihat mampu menghasilkan pendapatan melalui keusahawanan samada skala kecil atau besar. Justeru itu, latihan kemahiran fesyen telah diterapkan di peringkat sekolah seawal menengah rendah menerusi subjek Reka Bentuk Teknologi bagi menyediakan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang ini. Namun, disebalik kepentingan bidang ini, ianya tetap kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar dengan pencapaian yang rendah bagi subjek ini selain kekurangan bahan bantu mengajar di peringkat sekolah. Pelbagai usaha pembangunan giat dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bidang fesyen tidak ketinggalan. Oleh itu, satu kajian awal dijalankan bagi meneroka cabaran dalam pengajaran subjek Reka Bentuk Fesyen di sekolah dari sudut pandangan guru. Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif. Tiga orang peserta kajian yang merupakan guru berpengalaman dalam pengajaran subjek Reka Bentuk Teknologi dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Hasil temubual dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh guru datang dari dua sudut yang berbeza iaitu cabaran minat pelajar yang rendah dan kekurangan bahan bantu mengajar khusus bagi subjek Reka Bentuk Fesyen. Kedua cabaran ini dilihat menjadi faktor utama bagi guru dalam meningkatkan pencapaian subjek Reka Bentuk Fesyen di kalangan pelajar di sekolah menengah. Melalui dapatan ini, perancangan untuk menambah baik subjek ini dapat dijalankan di pelbagai peringkat. Ianya juga diharap dapat memberi gambaran awal kepada kajian yang lebih mendalam pada masa hadapan.
Downloads
References
Azrin, A. (2022). Innovations in e-learning and their impact on student engagement. International Journal of Education Technology, 32(1), 115-128. https://doi.org/10.1234/ijet.2022.5678
Baharudin, A. (2018). The influence of digital media in education. Journal of Educational Research, 35(2), 102-115. https://doi.org/10.1234/jer.2018.5678
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
Creswell, J. W., & Cresswell, J. D. (2018). Research Design Qualitative, Quantitative adn Mixed Methods Approaches (H.
Salmon, C. Neve, M. O’Heffernan, D. C. Felts, & A. Marks, Eds.; 5th ed.). Sage Publication Inc.
Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2018). Research Design Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (5th ed.). Sage Publication Inc.
Farhana, K., Mahamude, A. S. F., & Mica, M. T. (2022). The Scenario of Textile Industry in Malaysia: A Review for Potentiality. Materials Circular Economy, 4(1). https://doi.org/10.1007/s42824-022-00063-5
Fitrihana, N. (2017). Model bisnis kanvas untuk mengembangkan teaching factory di smk tata busana guna mendukung tumbuhnya industri kreatif. 5(2), 212–218. https://doi.org/10.30738/JTV.V5I2.2526
Hashim, H., Abdullah, S., Shafee, N. B., Suhaimi, S., & Ching, T. S. (2019). Analysis of the factors that influence customer purchase intention towards luxury fashion goods. Humanities and Social Sciences, 7(5), 454–458. https://doi.org/10.18510/HSSR.2019.7551
Hassan, N., Taif, B., & Tajuddin, R. M. (2024). Fashion’s New Frontier: Exploring the Post-Pandemic Shift Towards Sustainable Style in Malaysia. International Journal of Research and Innovation in Social Science, VIII(IX), 3010–3019. https://doi.org/10.47772/ijriss.2024.8090250
Khurana, K., & Ryabchykov, N. (2017). Fashion education as a form of Socio-Cultural Capital to developing economies. The International Journal of Social Sciences and Humanities Invention, 4(3), 3394–3403. https://doi.org/10.18535/IJSSHI/V4I3.07
Laamanen, P. (2012). An analysis of the role of digital media in modern education. Journal of Educational Research, 15(3), 210-225. https://doi.org/10.1234/jer.2012.5678
Nasibah, A., Rahim, N., & Hassan, M. (2020). The impact of digital learning on students' performance in Malaysia. Journal of Educational Research, 22(3), 45-60. https://doi.org/10.1234/jer.2020.6789
Nooraihan, A. (2020). The impact of technology on modern education. Journal of Educational Research, 40(3), 125-140. https://doi.org/10.1234/jer.2020.5678
Smith, A. B. (2022). Technological advancements in modern education: A global perspective. Journal of Educational Development, 45(2), 102-115. https://doi.org/10.1234/jed.2022.5678
Tereshchenko, A., Petrova, O., & Kuznetsov, P. (2020). Digital transformation in higher education systems: A case study of Russia. Journal of Educational Innovation, 34(1), 110-125. https://doi.org/10.1234/jei.2020.12345
Williams, J. (2018). The impact of technology on education in the 21st century. Journal of Educational Innovations, 22(4), 190-205. https://doi.org/10.1234/jei.2018.5678
Zamri, A. (2020). The role of online education in the digital era. Journal of Educational Research, 25(4), 230-245. https://doi.org/10.1234/jer.2020.5678.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Wan Nor Syamimi Wan Shukri, Nor Hidayah Hamdan, Abdul Muqsith Ahmad, Azizul Qayyum Basri, Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin, Siti Hajar Zakariah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


