Analisis Kecenderungan Penggunaan Otak, Pencapaian Fizik dan Motivasi Belajar Fizik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar

Authors

  • Salmiza Saleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, MALAYSIA
  • Anis Diyana Abdul Halim Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, MALAYSIA

Keywords:

kecenderungan penggunaan otak, fizik, pencapaian, motivasi, jantina, sekolah luar bandar

Abstract

Otak merupakan organ yang mengawal keseluruhan fungsi badan manusia. Pemahaman terhadap penggunaan fungsi keseluruhan otak membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar untuk belajar. Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis kecenderungan penggunaan otak, pencapaian dan motivasi belajar Fizik dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah daerah di sebuah negeri di Malaysia. Soal Selidik Dominasi Hemisfera Otak, Ujian Pencapaian Akhir Tahun Fizik Tingkatan Empat dan Soal Selidik Motivasi Belajar Fizik telah digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa kecenderungan penggunaan otak sama ada terhadap hemisfera kiri atau kanan adalah tidak dipengaruhi oleh jantina pelajar. Didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap pencapaian Fizik dan motivasi belajar Fizik antara pelajar lelaki dan perempuan sekolah luar bandar. Keputusan yang diperolehi turut menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan penggunaan otak pelajar dengan pencapaian Fizik dan motivasi mereka untuk belajar Fizik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Caine, R.N., Caine, G., McClintic, C. & Klimek, C. (2005). 12 Brain/ Mind learning principles in action. The fieldbook for making connections, teaching and the human brain. United States of America: Corwin Press.

Carthey, J.H. (1993). Relationships between learning style and academic achievement and brain hemispheric dominance and and academic performance in business and accounting courses. Masters Disertation. Winona State University. Eric Document: ED374412.

Chua, Y.P. (2002). Brain Hemisphericity, creative thinking and critical thinking of Malaysian science and art students. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia.

Chua, Y.P. (2014). Kecerdasan pelbagai pemimpin pendidikan: Teori, amalan dan penyelidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

Abdul Fatah Hasan. (1998). Pemikiran keseluruhan otak: Dalam Pengurusan pendidikan dan kaitannya dengan kecerdasan emosi. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors.

Jensen, E. (2000). Brain-Based Learning. United State of America: The Brain Store Publishing.

Kanmani, M. & Annaraja, P. (2010). Brain dominance and achievement in Computer Science of degree students. ICT in Education. (laporan atas talian). http://www.mkmami-ictineducation.blogspot.December 17, 2013.

Kris, W. (2011). Training with the whole brain in mind. Florida: National Association for Interpretation.

Marlina Ali & Shaharom Noordin. (2006). Tahap penguasaan pelajar dalam pemikiran kritis oleh pelajar Fizik tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia. Buletin Persatuan Sains dan Matematik Johor. 15(1). Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Ali Samsudin. (2003). Kesan pengajaran kontekstual terhadap pencapaian pelajar dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Fizik tingkatan empat. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

Oliver, E.M. (2009). Relationship between problem solving strategies and brain hemisphericity in High School student. Texas: Texas and State University – San Marcos.

Rosihan M. Ali & Liew, K.K. (2007). Association with brain hemisphericity, learning styles and confidence in using graphic calculator for Mathematics. Journal of Mathematics, Sciences & Technology Education. 3, 127-131.

Shaharom Noordin & Mohd. Hairul Akmal Ab. Aziz. (2011). Tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun tiga pendidikan Fizik. (laporan atas talian): http://www.eprint.utm.my/tahapkemahamankemahiranmanipulatifdalamkalanganpelajartahuntigapendidikanFizik. Februari 20, 2013.

Smith, S. (2007). Using action research to evaluate the use of Brain Based Teaching Strategies in the classroom. International Journal of Learning. 13(3), 121.

Seth Sulaiman & Ezan Haizurah Ahmad. (2010). Tahap pencapaian kemahiran proses sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar sekolah menengah daerah Kluang, Johor. (laporan atas talian): http://eprints.utm.my/10194/2/Ezan_Haizurah_Binti_Ahmad.pdf.

Seth Sulaiman, Fatin Aliah Phang & Marlina Ali. (2007). Kemahiran metakognitif dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor dalam menyelesaikan masalah Fizik. Laporan teknikal vot 75161. Universiti Teknologi Malaysia.

Sousa, D.A. (1995). How the brain learns: A classroom teacher’s guide. USA: The National Association of Secondary School Principals.

Yeap, L.L., Chong, T.H., Chong, J. & Low, G.T. (1998). Differential brain functioning profiles among adolescent mathematics achievers.The Mathematics Educator, 3(1), 113-128.

Zaiton Daud & Shaharom Noordin. (2008). Tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah Fizik bagi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik daerah Johor Bharu merentasi jantina. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Zurida Ali, Mohd. Ali Samsudin & Ahmad Nurulazam Md. Zain. (2005). Kesan pengajaran kontekstual pencapaian pelajar dalam Fizik. Jurnal Pendidikan dan Pendidikan. 20(20), 43-52.

Downloads

Published

2015-05-04

How to Cite

Saleh, S., & Abdul Halim, A. D. (2015). Analisis Kecenderungan Penggunaan Otak, Pencapaian Fizik dan Motivasi Belajar Fizik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 5(1), 103–116. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2146