Gaya pengajaran Grasha dalam kalangan pensyarah sains di Kolej Pra-Universiti di Pulau Pinang

  • Anis Humaira Mohamad Marzuki Faculty of Sciences and Mathematics, Sultan Idris Education University, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Nurhazwani Mhod Shukri Faculty of Sciences and Mathematics, Sultan Idris Education University, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Hafsah Taha Faculty of Sciences and Mathematics, Sultan Idris Education University, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Keywords: gaya pengajaran Grasha, pra-universiti, STEM, pensyarah sains, matrikulasi

Abstract

Kemerosotan pelajar dalam bidang STEM di Malaysia pada masa kini amat membimbangkan. Kolej matrikulasi sebagai kolej pra-universiti memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam bidang tersebut. Justeru, peranan pensyarah sains sangat penting untuk memberikan penyampaian P&P yang terbaik kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti gaya pengajaran yang diamalkan dalam kalangan pensyarah sains di kolej pra-universiti di Pulau Pinang. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif den menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Soal Selidik Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann 1994 yang mengandungi 40 item digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kajian mendapati gaya pengajaran dominan pensyarah subjek sains adalah gaya pengajaran pakar, diikuti gaya pengajaran model peribadi, gaya pengajaran fasilitator dan gaya pengajaran delegator. Manakala gaya pengajaran autoriti formal merupakan gaya yang paling kurang diamalkan oleh pensyarah. Analisis Spearman’s-rho pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pengajaran dengan pengalaman mengajar (r = 0.089), dan kelayakan ikhtisas (r = 0.193). Selain itu, ujian Mann-Whitney U melaporkan tiada perbezaan signifikan antara gaya pengajaran dengan jantina (p > 0.05).

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdull Sukor, S., Nurahimah, M. Y., Izam, M. G., Rafisah, H. O., & Nur Fatirah, M. D. (2014). The Relationship between Lecturers’ Teaching Style and Students’ Academic Engagement. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 118, 10–20. Elsevier BV.

Ainonmadiah, Mohd. N., Awanis, M., Norhana, Md. S., Juliana, B., & Siti Noor, I. (2017). Hubungan Antara Gaya Pengajaran Guru Dengan Tahap Ponteng Sekolah Menengah Di Daerah Bachok, Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1(1). Muhammadiyah University Sidoarjo.

Amalina, I., Nor‘ain, Mohd. T., & Norashiqin, Mohd. I. (2012). Hubungan Antara Tahap Kemahiran Penaakulan Saintifik Dan Stail Pengajaran Pensyarah Dalam Kalangan Pelajar Matematik Di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik.

Azilah, A. R. (2010). Hubungan Antara Personaliti Dan Gaya Pengajaran Guru Dengan Pencapaian Matematik Pmr Satu Kajian Di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. (Master Thesis). Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Malaysia.

Canisius, C., & Aziz, N. (2012). Gaya Pengajaran Grasha Dalam Kalangan Guru-Guru Sains Dan Matematik Di Sekolah Menengah Di Daerah Penampang Sabah. (Bachelor's Thesis). Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Malaysia.

Faruji, L. F. (2012). International Journal of Social Sciences and Education Teachers’ Teaching Styles at English Language Institutes in Iran. International Journal of Social Sciences and Education, 2(1 January 2012), 364–373.

Fatin, A. P., Mohd Salleh, A., Mohammad Bilal, A., & Salmiza, S. (2014). Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis. Sains Humanika, 2(4), 63–71. UTM Press.

Fischer, B., & Fischer, L. (1979). Styles in teaching & learning. Educational Leadership, 36, 245-254.

Gay, L.R., & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Application. (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Grasha, A. F. (1994). A Matter of Style: The Teacher as Expert, Formal Authority, Personal Model, Facilitator, and Delegator (Vol. 42). Heldref Publications.

Hussain, N., & Ayub, N. (2012). Learning Styles of Students and Teaching Styles of Teachers in Business Education: A Case Study of Pakistan. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 69, 1737–1740. Elsevier BV.

Karamustafaoğlu, S., Çakır, R., & Celep, A. (2015). Relationship between the Attidutes of Science Teachers towards Technology and Their Teaching Styles. Participatory Educational Research (PER), 2(3), 67–78. Retrieved from http://www.partedres.com

Manalo, K. J. C. (2017). Science Teachers’ Teaching Styles, Students’ Learning Styles and Their Academic Performance. International Journal of Social Science and Humanities Research, 5, 397–408. Retrieved from www.researchpublish.com

Mohd Eizuan, A. H., Noor Shah, S., & Mohd Uzi, D. (2012). Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) Dalam Kalangan. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(2), 1–10.

Nur Liyana, M. I., & Zakiah, M. A. (2017). Relationship Between Motivation and Teachers’ Teaching Style Among Secondary School Students’ In Kulai. Man In India, 97(12), 299–307.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Retrieved from www.moe.gov.my

Ruslin, A., & Zalizan, M. J. (2010). Teaching and learning styles in higher education institutions: Do they match? Procedia - Social and Behavioral Sciences (Vol. 7, pp. 680–684). Elsevier Ltd.

Salhani, I. (2019, March 12). Jumlah Pelajar Mengambil STEM Kian Merosot. BH Online, Retrived from https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/03/540193/jumlah-pelajar-mengambil-stem-kian-merosot

Sheikh, A., & Mahmood, N. (2014). Effect of Different Teaching Styles on Students’ Motivation Towards English Language Learning at Secondary Level. Science International (Lahore), 26(2), 825–830. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/334626377

Wan Faizal, I. (2019, September 27). Kerajaan Risau Penurunan Pelajar Pilih Aliran STEM. BH Online, Retrived from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/611487/kerajaan-risau-penurunan-pelajar-pilih-aliran-stem

Zamri, M., Nik Mohd Rahimi, N. Y., & Juliawati, I. (2009). Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris. Jurnal Pendidikan Malaysia, (34(1)), 67–92.
Published
2019-12-07
How to Cite
Mohamad Marzuki, A. H., Mhod Shukri, N., & Taha, H. (2019). Gaya pengajaran Grasha dalam kalangan pensyarah sains di Kolej Pra-Universiti di Pulau Pinang. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 9(2), 16-24. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol9.2.3.2019