Data Grid Kabur dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Fuzzy Data Grid in Geographic Information System (GIS)

Authors

  • Nurul Ain Abdul Karim
  • Abdul Fatah Wahab

Keywords:

Data Grid Kabur, Sistem Maklumat Geografi (GIS), interpolasi Splin-B Kabur, lengkung splin-B Kabur, Rekabentuk Geometri Berbantu Komputer (RGBK), Fuzzy Data Grid, Geographical Information System, Fuzzy B-Spline Interpolation, Fuzzy B-spline Curve, Computer Aided Geometric Design (CAGD)

Abstract

Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan sebuah sistem berasaskan komputer yang direkabentuk untuk menyokong perolehan, penyimpanan, pengolahan, penganalisisan dan pemaparan data ruang yang berbentuk digital. Sistem ini diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sains, teknologi, pengurusan dan ekonomi. Kemajuan teknologi membolehkan banyak jenis data disimpan dan diuruskan serentak dengan mudah serta cepat walaupun dalam kuantiti yang sangat banyak. Dalam sistem ini, data merupakan komponen yang paling mahal dan memerlukan masa yang panjang untuk diperolehi. Dalam proses merekodkan data, kadangkala wujud unsur-unsur tidak pasti mengakibatkan data tersebut mempunyai julat. Data yang terlibat dalam situasi begini dikategorikan sebagai data kabur. Oleh yang demikian, teori set kabur perlu diserapkan dalam proses pengurusan data-data ini supaya hasil penganalisaan adalah lebih tepat dan jitu. Kajian ini memperkenalkan pendekatan baru iaitu data grid kabur dalam GIS. Berdasarkan kajian yang dijalankan, data grid kabur dapat diumpamakan sebagai zarahzarah yang berlegar dalam sebuah kubus. Selain daripada GIS, Rekabentuk Geometri Berbantu Komputer (RGBK) turut digunapakai dalam kajian ini untuk menginterpolasi data yang diperolehi. Secara umumnya kaedah interpolasi digunakan untuk pemodelan data. Daripada pelbagai kaedah interpolasi yang wujud, kaedah interpolasi splin-B telah digunakan dalam kajian ini kerana kaedah ini menghasilkan model lengkung yang lebih licin dan tepat berbanding kaedah lain. Di akhir kertas kerja ini, kita akan mengaplikasikan data grid kabur dalam penjanaan lengkung splin-B tiga dimensi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Geographic Information System (GIS) is a computer-based system which is designed to support the procurement, storage, processing, analyzing and displaying of the spatial data in digital form. This system is widely used in various domains including science, technology,management and economic. The advancement of technology enable many types and large quantity of data to be easily stored and managed simultaneously. In this system, data is the most valuable component and a longer time is required for data collection. In the process of data recording, elements of uncertainty do exist that yields a range of values for the data. The data involved in this situation is categorized as fuzzy data. Hence, we need to combine the fuzzy set theory with the process of data management, so that the analysis results are more accurate and precise. This paper seeks to introduce a model of fuzzy grid data in GIS. Based on this research, we can assume fuzzy grid data as the particles that move freely in a cube. Other than GIS, Computer Aided Geometric Design (CAGD) was used in this study for data interpolation. Generally, the interpolation method is applied for data modelling. Among the various methods of interpolation, the B-spline interpolation method is used in this research because this method produces a smooth and accurate curve compared to other methods. At the end of this paper, we will apply the fuzzy grid data to generate a three dimensional B-spline curve.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Nurul Ain Abdul Karim

Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Malaysia Terengganu,21030 Kuala Terengganu

Abdul Fatah Wahab

Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu,21030 Kuala Terengganu

Downloads

Published

2013-12-01

How to Cite

Abdul Karim, N. A., & Wahab, A. F. (2013). Data Grid Kabur dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS): Fuzzy Data Grid in Geographic Information System (GIS). Journal of Science and Mathematics Letters, 5(1), 8–18. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/341