Pembinaan dan Keberkesanan MyGameE ke atas Pengukuhan Konsep Elektrolisis Pelajar Tingkatan Empat

Development and Effectiveness of MyGameE in Enhancing Electrolysis Concept of Form Four Students

Authors

  • Safizan Zainal Khairi
  • Saripah Salbiah Syed Abdul Aziz
  • Mohamad Syahrizal Ahmad
  • Othman Talib
  • Tengku Putri Norisah Tan Sri Tengku Shariman
  • Nor’ain Mohd Tajudin
  • Norasikin Fabil
  • Maizatul Hayati Mohamad Yatim

Keywords:

Pembelajaran berasaskan permainan, Kimia Elektrolisis, Ujian pasca kumpulan kawalan setara, permainan komputer, simulasi dan animasi, Game-based learning, Electrolysis Chemistry, Equivalent control group posttest, computer game, animation and simulation

Abstract

Kajian eksperimen jenis reka bentuk ujian pasca kumpulan kawalan setara ini dijalankan untuk mengkaji potensi keadah pembelajaran berasaskan permainan dalam mengukuhkan penguasaan konsep elektrolisis dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Satu permainan komputer bagi tajuk elektrolisis sebatian leburan dikenali sebagai MyGameE (My Game in Electrolysis) telah dibina. MyGameE merupakan satu prototaip modul permainan komputer untuk Tingkatan Empat yang boleh digunakan sebagai bahan sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran kimia di peringkat sekolah menengah. Prototaip ini mempunyai elemen simulasi dan animasi dalam bentuk permainan yang menjelaskan konsep elektrolisis di peringkat makroskopik dan mikroskopik. Kajian eksperimen ini melibatkan satu kumpulaneksperimen (n = 30) dan satu kumpulan kawalan (n = 30) dipilih secara rawak daripada dua kelas Tingkatan Empat dalam sebuah sekolah menengah harian di Perak. Kumpulan eksperimen melaksanakan pembelajaran menggunakan MyGameE manakala kumpulan kawalan menggunakan strategi pengajaran konvensional. Pelajar dari setiap kumpulan juga dikategorikan berdasarkan tahap pencapaian kimia iaitu pencapaian sederhana dan rendah. Instrumen kajian ini ialah Ujian Pencapaian Elektrolisis Sebatian Leburan. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel bebas, ANOVA sehala dengan perbandingan Pos Hoc Tukey dan ANOVA 2-hala. Hasil kajian mendapati pelajar kumpulan eksperimen mencapai min skor ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar kumpulan kawalan (t(58) = 2.475, p < 0.05). Perbezaan min skor juga adalah signifikan antara dua kumpulan pelajar yang berbeza tahap pencapaian kimia bagi kumpulan eksperimen dan kawalan (F(3,56) = 46.33, p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa pengajaran menggunakan MyGameE dapat mengukuhkan penguasaan konsep elektrolisis sebatian leburan bagi kedua-dua kumpulan pencapaian kimia tahap sederhana dan rendah. 

---------------------------------------------------------------------------------

This experimental study which adopted the equivalent control group post-test design was conducted to examine whether game-based learning method can be used in enhancing the electrolysis concepts among form four students. A computer game for electrolysis of molten compound topic known as MyGameE (My Game in Electrolysis) was constructed. MyGameE is a prototype computer game module that can be used as supporting materials in the teaching and learning of chemistry for form four secondary schools. An experimental group (n = 30) and a control group (n = 30) were randomly selected from two classes of Form Four in a school in Perak. MyGameE was used in lesson for the experimental group while the control group used conventional teaching methods. Students from each group are classified as medium and low achievers based on their chemistry test performance. The research instrument use was a Molten Compounds Electrolysis Achievement Test. Data were analyzed using independent samples t-test, one way ANOVA with Post Hoc Tukey comparisons and 2-way ANOVA. Results revealed that the experimental group obtained significantly higher mean posttest score than the control group (t (58) = 2475, p <0.05). Difference in mean scores was also significant between the two different levels of chemistry achievement for experimental and control groups (F (3.56) = 46.33, p <0.05). This indicates that MyGameE can be used to strengthen the electrolysis concept of molten compound for both the medium and low achievers students in chemistry.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Safizan Zainal Khairi

Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

Saripah Salbiah Syed Abdul Aziz

Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

Mohamad Syahrizal Ahmad

Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

Othman Talib

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor

Tengku Putri Norisah Tan Sri Tengku Shariman

Unit Pengurusan Maklumat, Universiti Multimedia, 63100, Cyberjaya, Selangor

Nor’ain Mohd Tajudin

Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

Norasikin Fabil

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim,
Perak

Maizatul Hayati Mohamad Yatim

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

Downloads

Published

2013-12-01

How to Cite

Khairi, S. Z., Syed Abdul Aziz, S. S., Ahmad, M. S., Talib, O., Tan Sri Tengku Shariman, T. P. N., Mohd Tajudin, N., Fabil, N., & Mohamad Yatim, M. H. (2013). Pembinaan dan Keberkesanan MyGameE ke atas Pengukuhan Konsep Elektrolisis Pelajar Tingkatan Empat: Development and Effectiveness of MyGameE in Enhancing Electrolysis Concept of Form Four Students. Journal of Science and Mathematics Letters, 5(1), 47–58. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/370