Penilaian kebolehgunaan dan kesahan kandungan Canpost E-Module (CPM) untuk guru pendidikan seni visual sekolah rendah
DOI:
https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol13.2.9.2025Keywords:
Kebolehgunaan, Kesahan kandungan, Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuaian (mNGT), e-ModulAbstract
Kajian ini membincangkan hasil dapatan daripada penilaian kebolehgunaan dan kesahan kandungan e-modul yang bernama CanPost e-Module (CPM) yang dibangunkan melalui perisian Canva untuk kegunaan guru Pendidikan Seni Visual (PSV). Pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang dipilih dalam fasa penilaian telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah penilaian kebolehgunaan dijalankan dengan melibatkan 30 guru sekolah rendah yang berperanan sebagai pakar. Mereka menilai e-modul ini melalui Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuaian (mNGT) selepas menghadiri bengkel berkenaan e-modul tersebut. Hasil penilaian pertama menunjukkan bahawa semua item kebolehgunaan, termasuk persembahan modul, isi kandungan, dan bahasa, memperoleh skor peratusan yang tinggi, melebihi 70%, menandakan e-modul ini memenuhi syarat-syarat kecekapan, kepuasan, dan keberkesanan. Bagi bahagian kedua adalah penilaian kesahan kandungan e-modul pula dinilai oleh tiga orang pakar menggunakan kaedah Russell (1974) dengan skala Likert lima mata. Penilaian ini menekankan sejauhmana kandungan modul memenuhi keperluan dan matlamat yang ditetapkan, serta kesesuaian modul dengan konteks pengajaran sebenar. Semua item kesahan kandungan memperoleh skor yang baik. Berdasarkan dapatan data dalam bahagian kedua, purata kesahan e-modul bagi setiap item mendapatkan peratusan yang amat tinggi iaitu 88%. Secara keseluruhan, hasil penilaian fasa ini menunjukkan bahawa e-modul ini dianggap sah kerana ia berjaya memenuhi keperluan pengguna dan menepati standard kandungan yang ditetapkan dalam konteks pendidikan. Dengan demikian, e-modul ini dapat memberikan impak positif terhadap pengajaran dan pembelajaran serta berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual, khususnya dalam meningkatkan kemahiran digital dan keberkesanan pengajaran guru diri sendiri semasa melaksanakan sesi pembelajaran waktu Pendidikan Seni Visual.
Downloads
References
Abu, A. T., Rashid, R. A. A., & Saleh, S. (2020). Pembinaan modul pengajaran al-quran (al-Alaq) dengan menggunakan model instruksional ADDIE. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 3(3), 152–167. https://www.bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/146
Atma, R. W. J., & Bacotang, J. (2021). Kesahan kandungan bagi soal selidik reka bentuk modul pembelajaran koperatif jenis padanan untuk kemahiran perbendaharaan kata bahasa indonesia kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(1), 2021–2077. https://doi.org/10.37134/JPAK.VOL10.1.7.2021
Berliner, D. C. (2004). Describing the behavior and documenting the accomplishments of expert teachers. Bulletin of Science, Technology and Society, 24(3), 200–212. https://doi.org/10.1177/0270467604265535
Chugh, R., Turnbull, D., Cowling, M. A., Vanderburg, R., & Vanderburg, M. A. (2023). Implementing eeducational technology in higher education institutions: A review of technologies, stakeholder perceptions, frameworks and metrics. Education and Information Technologies, 28(12), 16403–16429. https://doi.org/10.1007/s10639-023- 11846-x
Hanif, N. A., Che Mustafa, M., & Yusof, H. (2020). Kebolehgunaan model pengurusan bilik darjah prasekolah berasaskan empat dimensi pengurusan bilik darjah. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 90–98. https://doi.org/10.33306/mjssh/84
Harun, M. T., & Yaacob, M. I. H. (2021). Penilaian kualiti modul fz-stem: aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Journal of Quality Measurement and Analysis, 11, 107–117. https://doi.org/10.37134/JPSMM.VOL11.SP.10.2021
Ismaniati, C., & Iskhamdhanah, B. (2023). Development of interactive e-modules to increase learning motivation and science literacy in elementary school students. Jurnal Iqra’ : Kajian Ilmu Pendidikan, 8(1), 156–173. https://doi.org/10.25217/ji.v8i1.2699
Jamil, M. R. B. M. (2016). Pembangunan model kurikulum latihan skives bagi program pengajian kejuruteraan pembelajaran berasaskan kerja. In Thesis Ijazah Doktor Falsafah.
Juppri, B., Zainiah, M. I., Mazlina, C. M., & Nor, N. D. M. (2020). Kesahan kandungan bagi indikator kemahiran literasi awal berdasarkan perspektif pendidik. Evaluation Studies in Social Sciences, 9(2), 1–8. https://www.academia.edu/44809853/Kesahan_Kandungan_bagi_Indikator_Kemahiran_Literasi_Awal_berdasar kan_Perspektif_Pendidik
Kamaruddin, M. B., Lazim, M. J. H. M., Idris, R. B., Idris, M. A. T. M., & Ahmad, M. Bin. (2020). Kesan modul kemahiran asas menolong terhadap pengetahuan memberi perhatian pembimbing rakan sebaya sekolah menengah. JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI, 18(2), 132–149. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jd/article/view/12247
Rahman, A. R. A., Abdullah, S. S. M., & Khalid, N. F. (2021). Development of the pintas module: academic intervention programme for low-performing university students. PalArch’s Journal of Archaeology of Egypt/Egyptology, 18(2), 183–194. https://www.archives.palarch.nl/index.php/jae/article/view/5670/5570
Ramlie, H. @ A. B. (2017). Pembangunan model profesionalisme guru pendidikan islam berasaskan ‘riadhah ruhiyyah.’ Universiti Malaya.
Ramliea, H. @ A., Hussina, Z., Siraja, S., Jamild, M. R. M., Sapara, A. A., & Ahmada, A. M. (2017). Aplikasi Teknik Kumpulan Nominal (Nomimal Group Technique - NGT) dalam penyelidikan Pendidikan Islam. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 11(1), 125–138. https://doi.org/10.33102/ABQARI.VOL11NO1.115
Rasik, W. R. M., & Ismail, M. S. H. (2019). Modul pembinaan modul sidek di dalam modul intervensi pengurusan stres pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 26, 66–76. www.ijepc.com
Russell, J. D. (1974). Modular instruction;: A guide to the design, selection, utilization, and evaluation of modular materials. Burgess Pub. Co.
Shifflett, P. S. (1984). An experimental modification of the nominal group technique [Virginia Polytechnic Institute and State University]. https://vtechworks.lib.vt.edu/handle/10919/88643
Syuhada Rusli, N., Hasniza Ibrahim, N., & Hanri, C. (2024). The development and validity of the chemical equilibria problem-based learning e-module. International Journal of Future Education and Advances (IJFEA), 1, 2024.
Tai, G., Binti, N., & Nasir, M. (2024). Conceptualizing the digital pedagogy in arts higher education: examining the roles of training, technology support, and teacher mindsets. South Asian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(4), 174–198. https://doi.org/10.48165/SAJSSH.2024.5409
Utomo, D. P., & Darma, U. B. (2022). Development of project-based learning-based interactive e-modules in graphic design courses. Jurnal Scientia, 11(2), 331–338. https://seaninstitute.org/infor/index.php/pendidikan/article/view/864
Yusof, M. A. M., Daud, W. A. A. W., Ghani, M. T. A., Rahman, A. A., Ismail, N., & Noor, M. L. A. H. M. (2023). The usability of arabic-kafa application for learning arabic vocabulary at kafa institution. Proceedings of International Conference of Research on Language Education (I-RoLE 2023), 13-14 March, 2023, Noble Resort Hotel Melaka, Malaysia, 7, 751–762. https://doi.org/10.15405/epes.23097.67
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Kuek Yong Ai, Muhammad Fadhil Wong Abdullah, Abdul Aziz Zalay @ Zali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


