Penggunaan “Modelling Clay” dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Using “Modelling Clay” in 3D Model Making for ISMP Art Student at Universiti Pendidikan Sultan Idris

Authors

  • Saiful Nizam Jamil
  • Abdul Aziz Zalay @ Zali

Keywords:

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP),, modelling clay, reka bentuk industri, penghasilan model

Abstract

Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni dalam Bidang Reka Bentuk Industri melalui penghasilan model tiga dimensi (3D) dengan menggunakan “modelling clay” yang dihasilkan dengan menggunakan campuran silikon. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah pelajar ISMP Seni yang mengambil mata pelajaran Lanjutan Reka Bentuk Industri. Bahan yang digunakan bagi mendapatkan kebolehgunaan dan pengaplikasian modelling clay untuk menghasilkan model 3D dalam kalangan pelajar ISMP Seni. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian, rakaman visual, temu bual dan pemetaan tempat. Dapatan kajian membuktikan kebolehgunaan dan pengaplikasian modelling clay dalam kalangan ISMP Seni melalui tugasan menghasilkan sebuah model kereta yang dilakukan secara berkumpulan. Penggunaan modelling clay ini telah memberi kebaikan dan peningkatan dalam menghasilkan model 3D.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Jamil, S. N., & Zalay @ Zali, A. A. (2019). Penggunaan “Modelling Clay” dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris: Using “Modelling Clay” in 3D Model Making for ISMP Art Student at Universiti Pendidikan Sultan Idris. KUPAS SENI, 4. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2262

Most read articles by the same author(s)