Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3-Dimensi di Malaysia
History, Culture and Early Influences in Malaysian 3-Dimensional Arts
Keywords:
sejarah seni, seni arcaAbstract
Kertas kerja ini adalah penelitian terhadap perkembangan seni 3-dimensi dalam persekitaran sejarah dan kebudayaan Malaysia. Pembangunan seni 3-dimensi yang merentasi beberapa siri peralihan, telah menyaksikan pengalaman negara menempuh pelbagai transformasi politik, agama dan sosial bermula dari zaman prasejarah, kolonialisasi dan era pasca merdeka sehingga hari ini. Rantaian ini menghubungkan faktor-faktor sejarah, fenomena, budaya dan asas-asas pengaruh kesenian 3-dimensi dalam pembentukan seni arca Malaysia. Penelitian terhadap kebudayaan dan seni kolonial sama ada pada era Hindu-Buddha, Barat dan Islam dan perkembangannya merupakan kronologi sejarah yang membawa pelbagai inovasi dan pemikiran baru dalam perkembangan seni arca moden Malaysia.