Eksperimentasi Teknik Tritik Dalam Pembelajaran Mereka Corak Tekstil Batik

Experimentation of Tritik Technique in the Learning Batik Textile Pattern Design

Authors

  • Harozila Ramli
  • Tajul Shuhaizam Said
  • Siti Salwa Jamaldin

Keywords:

mereka corak, teknik tritik, estetika

Abstract

Kajian ini mengaplikasikan teknik tritik melalui pembelajaran dalam mereka corak batik. Tritik adalah satu teknik yang hampir sama dengan batik ikat dan celup, hanya membezakan dua teknik ini adalah dari aspek jahitan benang pada fabrik bagi menampakkan kesan corak yang lebih elegan dan menarik Penelitian kajian ini dilakukan secara kualitatif. Fokus utama penelitian ini adalah penghasilan karya menerusi studio praktis. Penelitian ini melibatkan observasi langsung, temubual secara tidak berstruktur dan disertai dengan pengumpulan hasil karya. Dapatan kajian mendapati, bahawa eksperimentasi teknik tritik dalam pembelajaran mereka corak tekstil batik sangat efektif dengan penemuan kesan estetik pada permukaan fabrik. Ciri- ciri khas kesan ragam hias yang dihasilkan adalah seperti, rupa garis yang terbentuk dari sekumpulan titik dan tampak terputus-putus, serta rupa tekstur tiga dimensi. Hasil kajian ini juga mendapati kualiti fabrik, kuantiti warna dan pola jahitan adalah amat mempengaruhi penghasilan reka corak Tritik. Semua kompenen ini saling berkait rapat dalam memastikan kesan rekaan corak tritik itu lebih menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Ramli, H., Said, T. S., & Jamaldin, S. S. (2019). Eksperimentasi Teknik Tritik Dalam Pembelajaran Mereka Corak Tekstil Batik: Experimentation of Tritik Technique in the Learning Batik Textile Pattern Design. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 5. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2268

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 > >>