ANALISIS FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI KECEKAPAN DAN KEUNTUNGAN SYARIKAT INSURANS AM DI MALAYSIA
Keywords:
insuran, kecekapan dan keuntungan, MalaysiaAbstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor yang menjadi penentu kepada kecekapan syarikat insurans am di Malaysia. Pasaran insurans di Malaysia semakin kompetitif sejak berlaku krisis ekonomi serta wujudnya kepentingan elemen kesolvenan setiap syarikat terhadap keyakinan pemegang insurans. Malah terdapat syarikat insurans yang tersohor di pasaran terpaksa mengambil tindakan untuk dijual atau diambil alih akibat masalah kewangan atau keberhutangan syarikat mereka. Kecekapan syarikat insurans dapat diukur dengan pulangan keatas aset (ROA). Beberapa kajian lepas berkenaan isu kajian juga turut dibincangkan. Kajian ini menggunakan data siri masa bagi tempoh 42 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga 2012. Pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini adalah Jumlah Kenderaan Berdaftar (CAR), Eksport Bersih (NX), KDNK Harga Semasa (GDP), KDNK Harga Malar (GDPM), Indeks Harga Pengguna (IHP), Indeks Pengeluran Perindustrian (IPP), Kadar produktiviti buruh (LPR), Kadar produktiviti sut (MPR), Tiada pendidikan (NOS), Premium (PRE), Jumlah Penduduk (RES), Berpendidikan Tinggi (STR), Pendapatan per kapita (YPK), Keuntungan (IP) dan Pulangan keatas aset (ROA). Seterusnya kaedah analisis regresi digunakan untuk menganggarkan model yang dibentuk. Hasil keputusan menunjukkan bahawa pendapatan per kapita paling besar mempengaruhi pulangan ke atas aset manakala indeks harga pengguna dan premium mempengaruhi keuntungan syarikat insurans am di Malaysia. Akhir sekali, kesimpulan dan cadangan juga turut dibincangkan.