ANALISIS CORAK PERBELANJAAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN GRADUAN
Wedding Expenditure among Graduates Pattern Analysis
Keywords:
perbelanjaan perkahwinan, graduan, mas kahwin, walimah al-urusAbstract
Meskipun pernikahan merupakan aspek penting bagi membina sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni, pelaksanaannya pada masa kini dilihat semakin sukar terutamanya dari segi perbelanjaan perkahwinan. Justeru, kajian ini memberi fokus untuk mengenal pasti corak perbelanjaan perkahwinan menurut perspektif Islam. Ini termasuklah aspek mas kahwin, walimah al-urus dan elemen sampingan yang lain. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan melibatkan seramai 214 responden di sekitar Kuala Lumpur yang dipilih secara rawak. Hasil kajian mendapati perbelanjaan perkahwinan dalam kalangan graduan masa kini berada di tahap yang tinggi terutamanya dalam elemen-elemen sampingan. Beberapa cadangan turut diketengahkan di akhir bahagian kajian untuk rujukan bagi kajian-kajian akan datang.
Despite marriage being an important aspect in building a harmonious family and community, its implementation at present time appears to be more difficult especially when it comes to wedding expenditures. Hence, this study will focus on analysing the pattern of marriage expenditures following the Islamic perspective. This includes the aspect of mahr (mas kahwin), marriage banquet (walimah al-urus) and other side elements. Questionnaires were used as the study instrument while involving 214 randomly-picked respondents around Kuala Lumpur. The study outcome finds wedding expenditures among graduates at present time to be at a high cost especially for the side elements. Several suggestions are mentioned at the end of the study as reference for future studies.