Kesahan Kandungan dan Kebolehpercayaan: Modul Asas Membaca Anakku (MAMA) di Prasekolah

Content Validity and Reliability: Modul Asas Membaca Anakku (MAMA) in Preschools

Authors

  • Nur Hidayah Rashidi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Nurul Haniza Samsudin Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nur Yuhanis Mohd Nasir Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.10.2023

Keywords:

Kemahiran membaca; Modul Asas Membaca Anakku (MAMA); kesahan kandungan; kebolehpercayaan; prasekolah.

Abstract

Akibat pandemik Covid-19 yang telah berlaku sebelum ini menyebabkan krisis dalam pembelajaran terutama penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak sehingga menjadi tumpuan kerana ramai murid telah ketinggalan disebabkan penutupan sekolah. Keperluan penghasilan modul asas membaca bahasa Melayu untuk membantu menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran membaca ini diperlukan bagi memastikan murid dapat belajar asas membaca dengan baik dan praktikal. Tambahan pula, ketiadaan modul membaca khusus daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi pendorong kajian ini dilaksanakan.  Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Modul Asas Membaca Anakku (MAMA) untuk pembelajaran asas membaca bahasa Melayu kepada murid prasekolah. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif, iaitu menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan pandangan pakar dan guru melalui soal selidik yang berkaitan dengan kandungan MAMA. Borang selidik kesahan kandungan dinilai oleh panel penilai (pakar) dan borang selidik kebolehpercayaan dinilai oleh guru prasekolah (pengamal). Responden yang terlibat dalam penilaian kesahan kandungan ialah lima orang pakar yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti Bahasa Melayu, pembangunan modul, awal literasi dan pendidikan awal kanak-kanak, manakala responden bagi penilaian kebolehpercayaan ialah 30 orang guru prasekolah yang mengajar di tadika KEMAS. Dapatan kajian menunjukkan MAMA memperoleh kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini juga telah mendapati tiga elemen, iaitu kandungan, pedagogi dan reka bentuk modul merupakan penyumbang kepada kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan gabungan tiga elemen tersebut merupakan dapatan baharu bagi sebuah kerangka pembangunan modul membaca berbentuk buku. Justeru, MAMA merupakan sebuah modul yang sesuai kandungannya untuk dijadikan sebagai bahan rujukan kepada guru prasekolah dalam membantu murid mempelajari asas membaca bahasa Melayu pada peringkat prasekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 46-53. http://journalarticle.ukm.my/5719/1/4653%2520Rasid%2520et%2520al. UPM.pdf.

Armizawani Mohamed Buang dan Sharul Effendy Janudin. (2021). Kesahan kandungan dan kebolehpercayaan: Modul spreadsheet belanjawan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 19 (1), 1-22. https://myjms.mohe.gov.my/ ndex.php/jd/article/view/ 14345/7417

Azliza Ali & Zamri Mahamod. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermainbagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 16-29. http://journalarticle.ukm.my/9863/1/105-207-1-SM.pdf

Branch, R. M. (2009). Instructional design: The ADDIE approach. Springer.

Chee S. C. , Mahzan Arshad dan Adenan Ayob. (2018). Penilaian semula pengajaran dan pembelajaran dalam pembacaan awal. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(10), 1-8. http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2018-10-03-01.pdf

Combley, M. (2001). The hickey multisensory language course. Whurr Publishers Ltd.

Haiza Hayati Baharudin, Abdul Halim Masnan & Azizah Zain. (2021). Pembangunan modul pembelajaran menggunakan aplikasi teknologi android berasaskan papan putih interaktif terhadap kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah: Ulasan kerangka teori. Jurnal Pendidkan Bitara Upsi, 14(1), 1-14.https://www.researchgate.net/publication/348325463_Pembangunan_Modul_Pembelajaran_Menggunakan_Aplikasi_Teknologi_Android_Berasaskan_Papan_Putih_Interaktif_Terhadap_Kemahiran_Membaca_Kanak-kanak_Prasekolah_Ulasan_Kerangka_Teori

Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare@Bahari. (2019). Modul membaca awal prasekolah menggunakan nyanyian berasaskan teori psikolinguistik kognitif dan aplikasi kaedah belajar melalui bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 45-58. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-06

Juppri Bacotang, Adibah Abdul Latif, Nurfarhana Diana Mohd Nor, Siti Farhana Md. Yasin, Connie Shin @ Connie Cassy Ompok, Muhamad Suhaimi Taat & Nur Suhaidah Sukor. (2022). Interkorelasi konstruk bagi kemahiran literasi awal kanak-kanak. Jurnal PENDETA, 13(1), 70-83. https://ejournal .upsi .edu.my/index.php/PENDETA/article/view/6643/3637

Kamisah Buang. (2011). Pembangunan dan pengujian modul intervensi membaca bahasa Melayu prasekolah berbantukan multimedia [Tesis tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamisah Buang & Rohaty @ Rohatiah Mohd Majzub. (2012). Pembangunan dan pengujian modul intervensi membaca bahasa Melayu prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 1(1), 65-86. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/43235/5.pdf.

Kenedy, E. (1981). Methods in teaching development reading. F.E. Peacock Publisher. INC.

Lau, S. C. & Mohd Mokhtar Tahar. (2021). Penggunaan peralatan multisensori buku audio dalam meningkatkan minat murid-murid masalah pembelajaran terhadap membaca. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 530-536. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/ 12946.

Lee, L. W. (2016). Multisensory modalities for blending and segmenting among early readers. Computer Assisted Language Learning, 29(5), 1017–1032. https://doi.org/ 10.1080/09588221.2015.1129347

Lynn, M. R. (1986). Determination and quantification of content validity. Nursing research. https://doi.org/ 10.1097/00006199-198611000-00017.

Marima, E, W. (2016). A survey of approaches used in teaching reading in early childhood classes in Dagoretti and Westlands Divisions, Nairobi County, Kenya. Journal of Education and Practice, 7(33), 207-211.

Maszuraini Miswan & Hamedi Mohd Adnan. (2015). Pembangunan aplikasi peranti mudah alih untuk kemahiran membaca kanak-kanak: Aplikasi literasi LINUS (LiLIN). Jurnal Pengajian Media Malaysia, 17(2), 64-78. https://jpmm.um.edu.my/index.php/JPMM/article/view/5979/3696.

Md Noor Saper, Nurul Ain Mohd Daud, & Norazani Ahmad. (2016). Kesahan dan kebolehpercayaan Modul I-Sc (Islamic Spiritual Counseling) ke atas pelajar bermasalah tingkah laku. International Journal of Islamic Thought, 9, 32-43.

Norlela Ahmad & Shamsudin Othman (2020). Penggunaan kaedah didik hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training, 6(2), 1-11.http://www.injet.upm.edu.my/images/volume/isunov6_2020/Penggunaan%20Kaedah%20Didik %20Hibur%20dalam%20Pengajaran%20Kemahiran%20Membaca%20Guru%20Bahasa%20Melayu%20Sekolah%20Rendah.pdf

Roslin Francis & Adenan Ayob. (2019). Pembangunan modul baca-tulis digital bahasa Melayu untuk murid-murid prasekolah dengan pendekatan model ADDIE. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia (JPHUM), 2(2), 20-40. https://docplayer.info/172102787-Pembangunan-modul-baca-tulis-digitalba hasa -melayu-untuk-murid-murid-prasekolah-dengan-pendekatan-model-addie.html.

Rusell, J.D. (1974). Modular instruction: A guide to the design, selection, utilization and evaluation of modular materials. Publishing Company.

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2019). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thang Y. F., Zaharah Binti Osman & Adenan Ayob. (2022). Analisis keperluan terhadap pembangunan modul bacaan awal kaedah fonik (mobafik) Bahasa Melayu di prasekolah aliran cina. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 5(14), 62-71. DOI: 10.55573/JOSSR.051406

Tuzana Mohamad. (2014). Keberkesanan modul bacaan bergred bagi membantu murid linus tegar dalam kemahiran membaca KVKV.[Tesis]. Universiti Sains Malaysia.

Yulianeta, Vismaia S. Damaianti, Dewi Prajnaparamitha Amandangi & Inggri Dwi Rahesi. (2020). Read aloud training module: Research and development to improve literacy. 4th International Conference on Language, Literature, Culture, and Education (ICOLLITE 2020). 509, 823-829. https://www.atlantis-press.com/proceedings/icollite-20/125949280

Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang & Mazlina Che Mustafa. (2017). Kesahan kandungan modul literasi awal (modul lit-a) pada peringkat kanak-kanak berumur 2+, 3+ dan 4+ tahun. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 6, 57-68. https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Downloads

Published

2023-06-28

How to Cite

Rashidi, N. H., Samsudin, N. H., & Mohd Nasir, N. Y. (2023). Kesahan Kandungan dan Kebolehpercayaan: Modul Asas Membaca Anakku (MAMA) di Prasekolah: Content Validity and Reliability: Modul Asas Membaca Anakku (MAMA) in Preschools. PENDETA, 14(1), 130–141. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.10.2023

Issue

Section

Articles