Perlambangan peribahasa Orang Asli: Satu penelitian awal dalam buku teks Bahasa Semai

Authors

  • Mohamad Nik Mat Pelet Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Anida Sarudin Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mutiara Megat Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Persiaran Bestari, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.18.2025

Keywords:

adat perlambangan, peribahasa, orang Asli, Buku Teks Bahasa Semai, penelitian awal

Abstract

Masyarakat orang Asli bukan sahaja mempunyai sistem bahasa yang tersendiri malah, bidang-bidang lain termasuk bidang sastera seperti cerita dongeng, cerita rakyat, pantun dan peribahasa juga sangat sinonim dengan masyarakat tersebut.  Kehidupan orang Asli yang agak jauh dari kawasan penempatan masyarakat lain menyebabkan pengamatan mereka terhadap keadaan sekeliling terbatas sekali gus menyukarkan mereka mencipta perlambangan berdasarkan objek yang wujud dengan tujuan berkias dalam menyampaikan nasihat dengan unsur seperti perlambangan.  Perlambangan merupakan unsur yang berkait dengan suatu ungkapan atau kata yang lebih lembut, sopan, dan manis didengar untuk menggantikan ungkapan lain bagi mengelak berlakunya salah faham terhadap mesej yang ingin disampaikan.  Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam buku teks bahasa Semai dan seterusnya menganalisis unsur perlambangan dalam peribahasa tersebut.  Dalam kajian berkaitan perlambangan masih terdapat unsur-unsur yang tidak lazim dalam kalangan masyarakat orang Asli.  Justeru, 13 peribahasa telah dikenal pasti melalui analisis dokumen berdasarkan buku teks mata pelajaran bahasa Semai sekolah rendah dan sekolah menengah.  Lima daripadanya merupakan peribahasa yang sedia ada digunakan oleh masyarakat orang Asli manakala selebihnya adalah peribahasa yang diterjemahkan daripada peribahasa Melayu.  Oleh itu, hanya lima peribahasa yang dianalisis melalui pendekatan Semiotik dengan menggunakan Model Tanda Triadic Peirce dalam menganalisis data kajian.  Hasil kajian mendapati bahawa unsur perlambangan dalam peribahasa masyarakat orang Asli sangat sinonim dengan kelakuan dan budaya masyarakat Melayu.  Malah, unsur perlambangan yang digunakan dalam peribahasa tersebut juga jelas menggambarkan ketajaman fikiran dan kekayaan bahasa melalui unsur-unsur alam yang terdapat di sekitar mereka.  Dapatan kajian ini juga mampu menghuraikan makna tersirat dan tersurat yang menjadi sebahagian daripada akal budi manusia tanpa mengira latar belakangnya termasuklah masyarakat orang Asli.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adilawati Asri & Noria Tugang. (2020). Parang Ilang sebagai Interpretasi Falsafah Alam Takambang Jadi Guru dalam Budaya Masyarakat Iban. Asian people Journal, 3(1), 1-18.

Asmah Omar. (2004). Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz, S. (2016). Eufemisme dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan. Malaysian Journal of Languages and Linguistics, 5(1), 15-24.

Julaina Nopiah & Fikratul Jahriyyah Anuar. (2023). Unsur Eufemisme dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal Bahasa, 23(1),1-32.

Harishon Radzi & Phylisia David. (2012). Unsur Eufemisme dan Perumpamaan dalam Teks Hikayat Iban. Jurnal Linguistik, 16(1), 75-87.

Hasmidar Hassan & Jafizah Jaafar (2016). Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Jurnal Bahasa, Jilid 16, Bil. 1, 94-119.

Jamaluddin, M. (2015). Bahasa dan Budaya: Eufemisme dalam Masyarakat Malaysia.

Kannan Anamalai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2024). Keciciran menguasai elemen Seni Bahasa dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif di daerah jempol. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(1), 142-156.

Maulana Al-Fin Che Man & Nor Hashimah Jalaluddin. (2022). Metafora Objek Galah dan Kemudi salam Pantun Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal Linguistik, 26(1), 58-74.

Maulana Al-Fin Che Man, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2020). Maritim Nusantara: Pembuktian Pantun Tradisional Melayu. Journal of Communication in Scientific Inquiry. 2(2).

Muhammad Zaid Daud. (2020). Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaysia Sarawak.

Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid & Remmy Gedat. (2017). Eufemisme dalam Bahasa Iban: Satu kajian Kes di Kampung Lebor, Serian Sarawak. Borneo Research Journal, 11, 87-105.

Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Sa’ad & Zulazhan Ab. Halim. (2021). Leksikal Eufemisme dalam Al-Quran dan Terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies, 4(1), 11-24.

Munirah Zulkifle, Norazilah Buhari & Nor Azlili Hassan. (2019). Eufemisme Cerminan Nilai Sosiobudaya Masyarakat Malaysia. Sains Insani, 3 (2), 37-48.

Nasimah Abdullah & Lubna Abd. Rahman. (2019). Eufemisme dalam Wacana Terjemahan Makna Al-Quran ke Bahasa Melayu: Analisis Pragmatik. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 4 (1), 39-56.

Nur Alisha Mengga. (2023). Unsur Tumbuhan sebagai Perlambangan dalam peribahasa Iban. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 14(2), 1-10.

Nur Izzaty Zipri & Nur Azwahanum Nor Shaid. (2024). Kesesuaian Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu SJK Tahun 5 dalam kalangan Guru SJKC. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(2), 221-233.

Petronella Apin & Kartini Abd Wahab. (2015). Tabu Bahasa dalam Masyarakat Dusun Din Daerah Ranau, Sabah. Jurnal Melayu, 14(2), 224-239.

Rahizan Mohd Shukor, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Kesavan Nallaluthan. (2021). Eufemisme dan Disfemisme dalam Komunikasi Pelajar berdasarkan Prinsip Kesantunan Leech. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 1-10.

Rahman, A. (2019). Eufemisme dalam Laporan Berita Politik di Malaysia. Journal of Language and Politics,18 (2), 233-250.

Raminah Haji Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa: untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Salinah Jaafar, Huraizah Abd. Sani & Rohaidah Haron. (2018). Perubahan Fungsi dan Makna Peribahasa dalam Laman Facebook. Jurnal Komunikasi, 2, 354-373.

Saidatul Nornis Hj. Mahali & Mohd. Rasdi Saamah. (2013). Hawain sebagai Perlambangan dalam peribahsa Orang Semai. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 13 (1), 83-98.

Saidatul Nornis Hj Mahalai. (2007). Unsur bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu, Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Saidatul Nornis Hj Mahali. (2007). Perbandingan Sempema Iban dan Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 25-28.

Shia Ho, W. (2020). Gambaran kemewahan melalui perlambangan dalam lirik lagu hokkien “Ji Pa Ban”: Analisis semantik inkuisitif, PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(1), 98–114.

Siti Norashikin Mohd Khalidi & Ernawita Atan. (2017). Unsur Eufemisme dalam Novel Jalan Retak Karya A. Samad Said. Journal of Business and Social Development, 5 (1), 88-101.

Sherilyne Biyol. (2020. Analisis Eufemisme dalam Masyarakat Melanau Dalat berdasarkan Semantik Inkuisitif. Ijazah Sarjana, Universiti Malaysia Sarawak.

Suliman, M. S., Ab. Jabar, N., Daeng Jamal, D. H., Sukri, S., Radzuan, A. W., Muhd Shukri, F., Raja Hassan, T. R., & Lim, Y. X. (2023). Puisi Konkrit: Satu Penelitian Berdasarkan Pendekatan Semiotik, PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 14(1), 1–12.

Yusmariza Mohd Yusoff. (2012). Peranan Bahasa Kebangsaan sebagai lambang Jati Diri Bangsa. Diakses daripada http://ir/unimas/my/pdf pada 12 Ogos 2024.

Zainal, A., & Hamid, A. (2020).Penggunaan Eufemisme dalam Iklan di Malaysia: Strategi Pemasaran yang Berkesan. International Journal of Marketing Studies,12 (3), 78-85.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama. (2014). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, 321-338.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Pelet, M. N. M., Sarudin, A. ., & Megat, M. . (2025). Perlambangan peribahasa Orang Asli: Satu penelitian awal dalam buku teks Bahasa Semai. PENDETA, 16(1), 215-226. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.18.2025