Penggunaan Kaedah Retorik dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-10
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.12.2025Keywords:
retorik, ucapan, perdana menteri, teori retorik Aristotle, videoAbstract
Retorik adalah sebahagian daripada bidang linguistik yang mempunyai seni asas dalam memberi pengaruh atau impak kepada penonton, pendengar, pembaca mahupun khalayak ramai melalui ucapan, penyampaian atau penulisan seseorang. Oleh kerana itu, retorik penting dalam membantu seseorang pengucap untuk mendapatkan sokongan yang kukuh terhadap mesej atau ucapan yang disampaikan kepada penonton dan pendengar. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan kaedah retorik dalam ucapan dua orang Perdana Menteri Malaysia yang Ke-7 dan Ke-10 berdasarkan tiga elemen Teori Retorik Aristotle iaitu ethos, pathos dan logos. Penulisan ini, membincangkan dua objektif iaitu mengenal pasti kaedah retorik yang terdapat dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan Ke-10 dan menganalisis kaedah retorik yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan Ke-10 berdasarkan Teori Retorik Aristotle. Penulisan ini juga,” menggunakan pendekatan kualitatif yang bercorakkan deskriptif dan pengumpulan data melalui analisis kandungan serta transkripsi. Data yang diambil adalah berdasarkan rakaman video yang telah dipilih melalui media massa. Dapatan kajian ini dilihat melalui penggunaan kaedah retorik dalam bahasa serta gaya oleh pengucap yang mampu memberi pengaruh serta memberi kesan terhadap emosi penonton dan pendengar. Melalui hasil kajian, pengkaji membandingkan penggunaan kaedah retorik antara Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan Ke-10 untuk melihat persamaan dan perbezaan jumlah penggunaan kaedah retorik tersebut. Secara keseluruhan jumlah kadar penggunaan ketiga-tiga elemen pada kajian ini, sebanyak 16 elemen iaitu logos dan pathos sebanyak 5 elemen manakala ethos pula sebanyak 6 elemen yang didapati melalui 6 ucapan Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan Ke-10 yang dipilih. Hal ini, membuktikan bahawa penggunaan kaedah retorik penting dalam sesebuah ucapan dan setiap pengucap perlu menggunakan kaedah retorik ini agar ucapan yang disampaikan mempunyai tarikan, nilai dan mampu memberi keyakinan kepada penonton atau pendengar.
Downloads
References
A. Kennedy, G. (2007). Aristotle On Rhetoric A Theory of Civic Discourse (Second Edition ed.). Oxford University Press.
Abu Bakar, M., & Hamzah, Z. (2016, Jun). Retorik Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat Dalam Laporan Media Cetak. Jurnal Linguistik, 20(1), 010-025.
Abu Bakar, S. (2015, Februari 2). Perbandingan sebagai Strategi Retorik dalam Iklan Radio. Jurnal Pendeta, 5(9), 175-192.
Abdul Rahman, F., Mohamad, M., & Ismail, S. (2022, Disember 1). Wacana Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Ke-9: Analisis Kaedah Retorik. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 6(4), 38-56.
Ali Imran, H., & Hashim, N. (2022). Retorik Naratif Dalam Teks Ucapan Perdana Menteri Semasa Era Pandemik.
Aisha, H. (2023). Bahasa Retorik Sebagai Strategi Penyampaian Khutbah Jumaat di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendeta, 23(1), 65-90.
Azmi, N. S., & Yusof, M. (2020). Kata “Kesangatan” dalam Frasa Adjektif Dialek Terengganu. Jurnal Melayu, 19(1),124-148.
Abd Hamid, M., Abdul Jabar, M., Che Rodi, R., & Ab. Halim, A. (2022). Strategi Retorik dalam Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Membendung Wabak Covid-19 di Malaysia. Jurnal Linguistik, 26(2), 038-051.
H. Shea, R., Scanlon, L., & Dissin Aufses, R. (2012). The Language of Composition Reading, Writing, Rhetoric (Second Edition ed.). Bedford/St. Martin's.
Hamad, S., Mohamad Ali, A., Paramasivam, S., & Abdul Jabar, M. (2022). Argumentative Tactic of Rhetorical Fallacies in Political Discourse. Journal of Language and Linguistic Studies, 18(2), 66-86.
Hj Samri, D., & Aisha, H. (Disember, 2021). Penggunaan Bahasa Retorik Dalam Pewahanaan Informasi COVID 19 Di Negara Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 21(2), 95-117.
Khairuddin, Z., Rahmat, N., Mohd Noor, M., & Khairuddin, Z. (2021). The use of rhetorical strategies in argumentative essays. Social Sciences & Humanities, 29(83), 263-285.
Nopiah, J., & Samarudin, N. I. (2024). Penggunaan Gaya Bahasa Retorik Dalam Pelaporan Berita Politik di Berita Televisyen. Jurnal Pendeta, 15(2), 37–51.
Chai Nyun Chow. (2020). Penggunaan Retorik Dalam Ucapan Politik Tun Mahathir bin Mohamad Pasca Kemenangan Pakatan Harapan [Master thesis, Universiti Malaysia Sarawak]. UNIMAS Institutional Repository.
Mat Dehan, A., & Yaakob, H. (2015). Teknik Retorik Dalam Novel Salina Karya A. Samad Said. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL),2, 49-59.
Mokhtar, S., Thia, K., Ationg, R., Ahmad, M., Mohad, A., & Abd Rahim, S. (2023). Teori Kepimpinan Transformasi Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis. International Journal of Law, Goverment and Communication (IJLGC), 8(32), 276-291. doi: DOI 10.35631/IJLGC.832022
Muhamad Saad, N., Mohamed, Y., Mohammad, W., Ismail, M., & Md. Isa, Z. (2021). Teknik Retorik Penceritaan Hadis Naratif Sahih Al-Bukhari Berdasarkan Perawi Terpilih. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 4(3), 199-216.
Rohman, M. A., & Sabri, A. A. (2016). Sistem Kad Perakam Waktu (KPW) Era Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia. Al-Hikmah, 8(2), 166-183.
Tahajuddin, S., Mohd Kassim, A., Justine, J., & Ibrahim, I. (2021). Cabaran dalam Proses Kutipan Data Kaedah Kualitatif Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 35-48. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1034
T. Torto, R. (2020). Aristotelian Rhetorical Theory as a Framework for Analyzing Advertising Texts in The Print Media in Ghana. Theory and Practice in Language Studies, 10(3), 269-283.
Toye, R. (2013). Rhetoric: A Very Short Introduction. Oxford University Press.
O. Sloane, T. (2001). Encyclopedia of Rhetoric. Oxford University Press.
Osman, Z. (2015). Strategi Dan Jenis Retorik Penulisan Makalah Penyelidikan Dalam Jurnal Berimpak Tinggi. [Master thesis, Universiti Utara Malaysia]. Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
Yaakob, N., Hamzah, Z., Md Zain, N., & Syed Abdullah, S. (2018). Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama. Jurnal Lingusitik, 22(2), 054-067.
Zamri, N., & Aini, Z. (2021). Retorik Dalam Dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jurnal Pengajian Islam, 14, 149-158.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Najihah Abdul Wahid, Noor Saadah Salleh, Mohamad Nik Mat Pelet

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


