Nukilan Sajak Merdeka dalam Membangunkan Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa melalui Pengajian Kesusasteraan Melayu

Nukilan Sajak Merdeka in Developing the Language, Literature and Culture Through the Study of Malay Literature

Authors

  • Ani Omar

Keywords:

puisi, penyair, bahasa, budaya, bangsa, poetry, poets, language, culture, race

Abstract

Dalam era globalisasi yang berorientasikan budaya kebendaan, budaya sains dan teknologi maklumat, serta budaya digital, pembangunan bahasa, sastera dan pembinaan budaya bangsa seakan-akan dipinggirkan. Fenomena ini tidaklah menghairankan kerana sains dan teknologi sahaja tidak dapat melahirkan insan yang mempunyai etika dan nilai tinggi tanpa sokongan subjek bahasa, dan kesusasteraan Melayu. Sehubungan dengan itu, melalui pengajaran dan pembelajaran puisi Melayu moden (sajak) adalah antara genre dalam kesusasteraan Melayu yang dapat membentuk jati diri dalam pembangunan bahasa, sastera dan budaya bangsa yang luhur dan murni. Puisi adalah hasil cipta penyair lahir daripada sikap manusiawi antara hubung tara jiwa dengan fikiran insani. Umar Junus (1981) menyatakan bahawa puisi merupakan susunan kata untuk mengemukakan pemikiran. Dalam hal ini, puisi-puisi dalam Nukilan Sajak Merdeka (2007) terhimpun 378 buah puisi Melayu moden yang telah merakamkan pemikiran daripada 378 orang penyair yang sarat dengan realiti, kerelevanan dan masa depan khususnya yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan budaya bangsa sejak negara merdeka (1957-2006). Melalui puisi, penyuaraan dan pemikiran penyair bukan sahaja indah malah telah mengabadikan apa yang dihasratkan untuk direnungi dan dihayati terutama kepada generasi yang bakal mewarisi negara khususnya menjelang tahun 2020. H. Tenas Effendy (2005) menyatakan bahawa pemahaman, penghayatan dan penyerapan serta pengalaman nilai seni budaya bangsa sangat penting kerana dari situlah tercermin jati diri kebangsaan seseorang. Sehubungan dengan itu, artikel ini selanjutnya akan mengetengahkan puisi-puisi himpunan Nukilan Sajak Merdeka (2007) dalam membangunkan bahasa, sastera dan budaya bangsa melalui pengajian Kesusasteraan Melayu. Terdapat banyak mutiara dan nilai pembentukan bangsa dan tamadun terakam di dalamnya yang harus direnungi dan diaplikasikan khususnya dalam dunia pendidikan serta pengajian kesusasteraan Melayu masa kini.

 

In the era of globalization-oriented material culture, a culture of science and information technology, and digital culture, language development, literary and cultural construction seems marginalized. This phenomenon is not surprising, because science and technology alone cannot produce individuals who have high ethics and values without the support of the subject language, and Malay literature. Hence the teaching and learning of modern Malay poetry (poem) is among the genres of Malay literature can shape identity in the development of language, literature and culture of a noble and pure. Poetry is the result of the attitude of copyright poet born of the relationship between human life and human mind. Umar Junus (1981) state of poetry is to submit the wording of the mind. In this excerpt poems in Nukilan Sajak Merdeka (2007) collected 378 pieces of modern Malay poetry that has recorded the thoughts of 378 poets which is loaded with the reality, relevance and the future, especially related to language, literature and culture since the country’s independence (1957-2006). Through poetry, poet, input and thoughts are not only beautiful but also has captured what is intended to be thoughtful and appreciated, especially to the generations who will inherit the country, especially in 2020. H. Tenas Effendy (2005) stated that the understanding, appreciation and absorption as well as experience the culture of the people is very important because it was there that reflected a national identity. Hence this article will further highlight the collection of poems Nukilan Sajak Merdeka (2007) in developing the language, literature and culture through the study of Malay literature. There are a lot of pearls and the formation of nations and civilizations that have embedded in them to ponder and applied in particular in education and the Malay literary studies today.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-11-19

How to Cite

Omar, A. (2012). Nukilan Sajak Merdeka dalam Membangunkan Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa melalui Pengajian Kesusasteraan Melayu: Nukilan Sajak Merdeka in Developing the Language, Literature and Culture Through the Study of Malay Literature. PENDETA, 3, 195–213. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1123