Pembinaan Modal Insan Dalam Novel Komsas Kembara Amira Karya Amer Hmzah L. Kadir

Development of Human Capital in Kembara Amira Novel by Amir Hamzah L. Kadir

Authors

  • Mohd. Faizal Said
  • Ani Omar

Keywords:

Modal Insan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Teori SPB4K, Komsas, Human capital, National Education Philosophy, SPB4K theory, Component of Art in Bahasa Melayu (Komsas)

Abstract

Kepentingan melahirkan modal insan dalam kerangka dan dasar pendidikan negara bukanlah suatu isu yang baharu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sendiri dengan jelas menggariskan hala tuju pendidikan negara iaitu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah ini menjadi asas utama dalam menjayakan cita-cita dan hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bernilai tinggi. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kurikulum yang dirancang dan dibina untuk subjek Bahasa Melayu termasuk Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) dapat memenuhi cita-cita dan hasrat berkenaan. Justeru, kajian ini ingin menganalisis pembinaan modal insan dalam novel Kembara Amira karya Amir Hmzah L. Kadir yang merupakan salah sebuah novel Komsas untuk Tingkatan Lima Zon Utara. Sebagai landasan dalam menganalisis novel ini, Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang dijana oleh Mohd Yusof Hassan (2007) akan digunakan. Teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia perlu memiliki pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan, dan pemikiran kekreatifan secara bersepadu dan seimbang bagi melahirkan manusia yang soleh atau solehah, sarjana, saintis, dan seniman. Empat pemikiran ini begitu selari dengan unsur-unsur dalam FPK. Kaedah penelitian yang digunakan ialah teknik bacaan rapi dan seterusnya menganalisis isi (content analysis) dengan mengaplikasikan empat pemikiran dalam Teori SPB4K ke atas novel untuk meneliti pembinaan modal insan yang dikemukakan oleh pengarang. Hasil kajian menunjukkan pengarang berjaya merangkumkan keempat-empat pemikiran SPB4K dalam usaha mengangkat keperibadian terpuji Amira. Ini membuktikan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para guru boleh mengangkat Amira sebagai ikon modal insan yang boleh dicontohi oleh pelajar dengan menganalisisnya menerusi pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan, dan kekreatifan.

 

The significance in producing the human capital within the carcass and national education policy is not a new issue. National Education Philosophy itself has clearly highlighted the aim of education in our country which is fully exposing the individual potential and integration to produce an individual which is balance and harmony in the aspect of intelectuality, spirituality, emotionally and physically based on a firm belief in and devotion to God. This philosophy has been the core basic in achieving the country’s ambition and hope to produce the human capital that good in quality and high values. Due to this matter, planned and built curriculum for the Bahasa Melayu subject including the Compenent of Art in Bahasa Melayu (KOMSAS) should fulfill the respective aim. Then, this research will analyse the development of human capital in Kembara Amira novel by Amir Hamzah L. Kadir which is one of the Komsas novels for Form 5 in North zone. As a frame in analysing this novel, the theory of Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) generated by Mohd Yusof Hassan (2007) will be used. This theory explains that every human should own a balance and integrated spiritual thinking, niche thinking, scientific thinking and creative thinking in producing an Islamic, specialist, scientist and performer individual. These four types of thinking is corresponded with elements in National Education Philosophy. Conscientious method that being used is close reading techniques and content analysis which practising the four types of thinking in SPB4K theory on the novel to study the elements of human capital that being emphasised by the writer.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-11-12

How to Cite

Said, M. F., & Omar, A. (2013). Pembinaan Modal Insan Dalam Novel Komsas Kembara Amira Karya Amer Hmzah L. Kadir: Development of Human Capital in Kembara Amira Novel by Amir Hamzah L. Kadir. PENDETA, 4, 42–61. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1133