Menukangi Aspek Leksikal Dan Identiti Dalam Wacana Khaled Nordin Berdasarkan Perspektif Analisis Wacana Kritis Wacana Tiga Dimensi
Leksikal Aspect and Identity in Khaled Nordin Discourse Based on Perspective Analysis of Critical Discourse Three Dimensional Discourse
Keywords:
akademik, bahasa, leksikal, identiti dan wacanaAbstract
Seseorang pewacana memerlukan upaya untuk menyampaikan wacana (bahasa) agar identitinya dapat diserlahkan. Kepentingan wacana juga telah menjadikan pemimpin-pemimpin utama dunia mampu mencapai agenda mereka yang tersendiri. Berdasarkan premis tersebut, penelitian ini bertujuan menganalisis pemanfaatan aspek leksikal dan hubung kaitnya dengan pengidentitian yang terdapat dalam wacana Khaled Nordin, sebagai pemimpin yang mengetuai Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu, teori analisis wacana kritis tiga dimensi yang dicadangkan oleh Fairclough (1992, 1995) dilihat relevan untuk dijadikan sebagai panduan. Data wacana yang dimanfaatkan dalam kajian ini berupa teks ucapan yang telah disampaikan oleh Khaled Nordin selaku menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu sebanyak 20 teks. Teks-teks ucapan tersebut telah dipilih secara rawak untuk dianalisis dan ia merupakan koleksi ucapan Khaled Nordin sepanjang tahun 2009 hingga 2012. Hasil analisis menunjukkan bahawa melalui pendekatan analisis wacana kritis, masyarakat bukan setakat dapat meneliti cara-cara pemimpin mewacanakan ideologi, pemikiran, dan pendirian mereka, malah wacana dilihat sebagai pembentuk identiti yang sangat penting bagi seseorang pemimpin. Dapatan juga menunjukkan bahawa leksikal merupakan satu daripada aspek penting dalam dimensi tekstual sesuatu wacana dan berupaya dikaitkan dengan pengindentitian seseorang pemimpin seperti Khaled Nordin.