Unsur Psikologi Maslow Dalam Novel Terpilih
Maslow’s Psychological Elements in Selected Novels
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.8.2017Keywords:
hierarki keperluan manusia, keperluan keselamatan, teks, novel, remaja, hierarchy of human needs, safety needs, text, novels, teenagersAbstract
Bagi golongan remaja terutamanya, aspek keperluan keselamatan ini amat dititikberatkan dalam kehidupan seharian mereka. Namun, terdapat ibu bapa yang masih tidak memahami keperluan yang diperlukan oleh remaja dan anakanak mereka. Golongan remaja ini inginkan ibu bapa atau penjaga yang sefahaman dan sentiasa memberikan sokongan dari semua segi. Kertas kerja ini membincangkan dua novel untuk remaja; Merdekakan Cinta Ratna (2003) karya Sri Rahayu Mohd Yusop dan Beraraklah Awan Pilu (2006) karya Abd. Latip Talib dalam aspek keperluan keselamatan. Aspek keperluan keselamatan merupakan salah satu peringkat yang terdapat dalam Teori Hierarki Keperluan Manusia (Abraham H. Maslow). Aspek keperluan keselamatan terbahagi kepada keselamatan fizikal, keselamatan emosi dan kestabilan ekonomi. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek keperluan keselamatan yang ditonjolkan oleh pengarang dalam karya mereka. Hasil kajian mendapati watak-watak dalam novel cuba memenuhi, mengelak dan menghindari ancaman dari keperluan keselamatan fizikal, emosi dan kestabilan ekonomi dengan cara menghadapi masalah yang dilalui.
Safety needs especially for adolescents or teenagers is one of the essential needs in their routine lifestyle. However, some parents do not understand their teenagers’ needs. In general, teenagers wish for their parents’ or guardians to understand them and to give full support in every aspect of their lives. This paper discusses two novels for adolescents titled “Merdekakan Cinta Ratna” (2003) by Sri Rahayu Mohd Yusop and “Beraraklah Awan Pilu” (2006) by Abd. Latip Talib in the aspect of safety needs. This aspect is according to one of the stages in the hierarchy of human needs by Abraham H. Maslow. Safety needs can be divided into physical safety, emotional safety and economic stability. The purpose of this research is to identify and analyze the safety needs being highlighted by the authors in their respective writings. Through this research, it is found that main characters in the novels try to fulfill, avoid and escape difficulties or troubles from safety needs by facing all the obstacles.