Simbol Tumbuhan Dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata

Symbols of Plants in Pantun Melayu Bingkisan Permata

Authors

  • Eizah Mat Hussain Universiti Malaya
  • Nurhamizah Hashim Universiti Malaya
  • Nur Yuhanis Mohd Nasir Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.3.2017

Keywords:

pantun, simbol, dunia luas yang dipadatkan, tumbuhan pertanian, sayur-sayuran, buah-buahan, symbo, 'compression of the big world', agricultural plants, vegetables, fruit

Abstract

Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Dalam penciptaan pantun, masyarakat Melayu akan menggunakan simbol-simbol yang berada di sekeliling mereka. Salah satu simbol yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu ialah simbol alam, iaitu tumbuhan yang merupakan unsur terpenting dalam binaan pantun. Salah satu prinsip estetika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, iaitu ‘dunia luas yang dipadatkan’ digunakan untuk membincangkan simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Oleh yang demikian, objektif makalah ini untuk melihat sejauh mana prinsip ‘dunia luas yang dipadatkan’ sesuai diaplikasikan dalam menghuraikan makna tersirat daripada simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Selain itu, tujuan makalah untuk menganalisis simbol tumbuhan dalam pantun. Buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2007) yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah terbitan Yayasan Karyawan telah dipilih sebagai bahan kajian. Dapat kajian mendapati masyarakat Melayu mengungkapkan simbol tumbuhan yang terpilih dalam pantun dikaitkan persamaan dengan kelakukan manusia.

 

Pantun which is a type of Malay traditional poem is an invaluable Malay heritage. The writings of pantun were neatly crafted in sequences and beautifully arranged to embed meaningful messages which were used to convey advice, sarcasm, humors and feelings. The Malays used symbols which were present in their surroundings to write pantun. Nature is one of the common symbols used, especially plants which evidently present as an important element in constructing a verse. One of Malay literature aesthetical principle by Muhammad Haji Salleh which is about the 'compression of the big world' is used to discuss symbols of agricultural plants in pantun. The objective of this article is to see how far the principle of compressed world is suitable to be applied in describing hidden meanings from agricultural plants symbols in pantun. Besides, the purpose of this paper is to analyze from agricultural plants symbols in pantun.The book titled Pantun Melayu Bingkisan Permata (2007) arranged by Harun Mat Piah which was published by Yayasan Karyawan is used as adata. This study found that Malay community expressed selected symbols of plant in pantun and relate the symbols with human's behaviours.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-12-13

How to Cite

Mat Hussain, E., Hashim, N., & Mohd Nasir, N. Y. (2017). Simbol Tumbuhan Dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata: Symbols of Plants in Pantun Melayu Bingkisan Permata. PENDETA, 8, 23–35. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.3.2017

Most read articles by the same author(s)