Editorial Notes

Authors

  • Abd Hadi Borham Fakutli Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjung Malim Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.10.2025

Abstract

Jurnal Al-MAKRIFAH, vol. 3, Issue 1 mengandungi artikel-artikel yang memfokuskan kepada bidang pendidikan Islam, tahfiz, bahasa Arab, sejarah dan pemikiran Islam. Artikel pertama membincangkan tentang ‘Ciri dan Personaliti Signifikan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar.’ Guru Pendidikan Islam (GPI) memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan ajaran tentang nilai moral, akidah, falsafah dan akhlak kepada pelajar. Qudwah hasanah atau tingkah laku yang boleh dicontohi merupakan komponen penting bagi tenaga pengajar Pendidikan Islam. Oleh itu, GPI mempunyai tanggungjawab yang hakiki dalam mempromosi personaliti yang baik dalam kalangan pelajar dan masyarakat keseluruhannya dengan menunjukkan contoh yang positif. Artikel ini merumuskan lima ciri personaliti utama yang perlu ditekankan oleh GPI iaitu penampilan, komunikasi, tingkah laku, emosi dan dedikasi. Kajian ini mempunyai kepentingan dalam mengetengahkan aspek personaliti unggul yang perlu ada pada setiap guru Pendidikan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

References

-

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Borham, A. H. (2025). Editorial Notes. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 3(1), i-iv. https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.10.2025