Editorial Notes

Authors

  • Abd Hadi Borham Fakutli Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjung Malim Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.12.2025

Abstract

Jurnal Al-MAKRIFAH, vol. 3, Issue 2 mengandungi artikel-artikel yang memfokuskan kepada bidang akidah, syariah, pendidikan Islam, tahfiz, bahasa Arab, sejarah dan pemikiran Islam. Artikel pertama membincangkan tentang integrasi pemikiran kritis ke dalam pengajaran Usul al-Fiqh dari perspektif Islam, menangani kekurangan strategi pedagogi berstruktur dalam kurikulum pendidikan Islam. Ia bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan pemikiran kritis yang berakar umbi dalam al-Quran dan pemikiran Islam klasik, dan mencadangkan kerangka konseptual untuk menerapkan pemikiran kritis ke dalam pengajaran Usul al-Fiqh. Terdapat lima elemen utama pemikiran kritis Islam telah dikenal pasti: tazakkur (zikir), ta’aqqul (analisis rasional), tadabbur (renungan), tafakkur (refleksi), dan tafaqquh (pemahaman mendalam). Komponen-komponen ini dirumuskan menjadi model berstruktur untuk meningkatkan perkembangan intelektual pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Borham, A. H. (2025). Editorial Notes. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 3(2), i-iv. https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.12.2025