Aplikasi Teknologi Multimedia dalam Pembelajaran Sains Biologi: Kesan Terhadap Pelajar Berbeza Tahap Keupayaan Spatial

Multimedia Technology Application in Biology Science Learning: Effects on Students with Different Levels of Spatial Ability

Authors

  • Che Soh Said UPSI
  • Irfan Naufal Umar USM
  • Balakrishnan Muniandy USM
  • Shakinaz Desa UPSI

Keywords:

perisian multimedia interaktif, reka bentuk mesej multimedia, keupayaan spatial, sains biologi

Abstract

Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesan penggunaan perisian multimedia interaktif terhadap prestasi kognitif sains biologi bagi pelajar yang berbeza tahap keupayaan spatial. Perisian multimedia interaktif dihasilkan dengan berpandukan kepada prinsip-prinsip reka bentuk mesej multimedia yang digubal daripada teori kognitif pembelajaran multimedia dan teori beban kognitif. Prestasi kognitif sains biologi di ukur dengan menggunakan ujian pencapaian pra dan pos. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Seramai lapan puluh empat orang pelajar daripada sebuah universiti telah dipilih sebagai sampel kajian yang pemilihan adalah berdasarkan kepada kumpulan kelas sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi prestasi kognitif antara pelajar berbeza keupayaan yang mengikuti pembelajaran dengan perisian multimedia interaktif. Hasil kajian ini menunjukkan perisian perisian multimedia interaktif dapat membantu pelajar berkeupayaan spatial rendah untuk mempelajari subjek sains biologi seiring dengan pelajar berkeupayaan spatial tinggi. Ini bermakna dapatlah dirumuskan bahawa perisian multimedia interaktif mungkin berpotensi untuk digunakan dalam pembelajaran bidang berorientasikan spatial dalam disiplin sains biologi.

The aim of this research is to identify the effect of multimedia interactive software usage for the achievement of cognitive in biology science involving students with different spatial capabilities. Multimedia interactive software is produced by adhering to the design guidelines of multimedia which is originated from cognitive theory of learning in multimedia and cognitive load theory. The achievement was measured in using pre- and post-test. The quasi experiment design is applied to this research. Eightfour students from a local university has been selected as a research sample where the selection is based from the existing group of classroom. The research result demonstrates that the multimedia interactive software can assist in helping students with low and high spatial capability in learning biology science.  It can be summarised that multimedia interactive could have potential to be used in the spatial oriented learning field in the domain of biology science.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-29

How to Cite

Said, C. S., Umar, I. N., Muniandy, B., & Desa, S. (2019). Aplikasi Teknologi Multimedia dalam Pembelajaran Sains Biologi: Kesan Terhadap Pelajar Berbeza Tahap Keupayaan Spatial: Multimedia Technology Application in Biology Science Learning: Effects on Students with Different Levels of Spatial Ability. Journal of ICT in Education, 2, 12–25. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2597