Keupayaan Murid Sekolah Rendah Mempelajari dan Menerokai Bahasa Pengaturcaraan Visual

Capability of Primary School Pupils in Learning and Exploring Visual Programing Language

  • Azniah Ismail UPSI
  • Maizatul Hayati Mohamad Yatim UPSI
  • Noor Azida Sahabudin UPSI
  • Nor Zuhaidah Mohamed Zain UPSI
Keywords: murid sekolah rendah, pengaturcaraan visual, keupayaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Abstract

Artikel ini dihasilkan bagi membincangkan keupayaan murid sekolah rendah dalam menerokai bahasa pengaturcaraan visual. Bahasa pengaturcaraan visual sedang mula diperkenalkan di dalam kurikulum Tahun Enam di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Satu kajian berkaitan melibatkan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan. Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan proses pemerhatian ke atas subjek yang terdiri daripada sekumpulan 27 murid sekolah rendah berusia tujuh hingga dua belas tahun daripada pelbagai latar belakang dan pelbagai sekolah di sekitar Daerah Mualim. Di dalam kajian ini, murid-murid terlibat perlu mengikuti satu bengkel mengenai pengaturcaraan visual. Antara aktiviti terlibat adalah: (i) sesi pengenalan dan tutorial terbimbing oleh ketua bengkel dan dibantu oleh beberapa fasilitator (jika diperlukan), (ii) sesi latihan tutorial kendiri, juga dibantu oleh fasilitator (jika diperlukan), dan (iii) sesi penerokaan kendiri. Hasil kajian mendapati murid-murid seawal umur tujuh tahun boleh mengikuti pembelajaran dengan dibantu rapat oleh fasilitator. Sebahagian besar murid-murid berumur sepuluh tahun dan kesemua murid berumur sebelas tahun dan ke atas boleh mengikuti pembelajaran tanpa bantuan penuh daripada fasilitator serta boleh melaksanakan arahan tutorial kendiri dengan baik. Hanya sebahagian sahaja daripada kumpulan murid berkenaan yang mahu meneroka lebih lanjut. Kajian mendapati reka bentuk bahasa pengaturcaraan itu sendiri sangat mempengaruhi keupayaan murid untuk mempelajarinya dengan baik. Diharap kajian ini dapat dijadikan sebagai satu permulaan atau rujukan para pengkaji, guru dan ibu bapa.

This article discusses the capability developed for primary school pupils in exploring visual programming language. Visual programming language is introduced in the Year Six curriculum under Primary School Standard Curriculum (KSSR). A related study was conducted involves collecting quantitative and qualitative data. The data collection method for this study involves observation on the subjects which comprises a group of 27 primary school pupils aged seven to twelve years of diverse backgrounds and came from various schools around Mualim District. In this study, the pupils attended a workshop on visual programming. Among the activities involved are: (i) introduction session and tutorials supervised by the head of the workshop and assisted by facilitators (if necessary), (ii) self-tutorial training sessions, also assisted by a facilitator (if necessary), and (iii) self-exploration session. This study found that pupils as young as seven years old can participate in the learning with facilitators assistance. Majority of the pupils aged ten years and all ten years and above pupils can learn without getting full support from the facilitators and follow self-tutorial instructions properly. Only a small group of pupils wanted to explore more. The study founds the design of the programming language itself highly affect the student’s ability to learn them well. It is hoped that this study can serve as a starting point or as a reference to researchers, teachers, and parents.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-06-29
How to Cite
Ismail, A., Mohamad Yatim, M. H., Sahabudin, N. A., & Mohamed Zain, N. Z. (2019). Keupayaan Murid Sekolah Rendah Mempelajari dan Menerokai Bahasa Pengaturcaraan Visual. Journal of ICT in Education, 3, 89-97. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2611