Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak dalam Mereka Bentuk Permainan Digital bagi Tujuan Pembelajaran

Children Creativity and Skills in Designing Digital Games for Learning Purposes

Authors

  • Laili Farhana Md Ibharim UPSI
  • Maizatul Hayati Mohamad Yatim UPSI

Keywords:

kanak-kanak, kemahiran, kreativiti, mereka bentuk permainan digital

Abstract

Kreativiti dan kemahiran merupakan antara aspek yang menjadi nilai tambah bagi seorang pembangun dan pereka bentuk permainan digital. Kertas kerja ini membincangkan tinjauan awal empat fokus utama dalam pembentukan set indikator kreativiti dan set kemahiran kanak-kanak dalam mereka bentuk permainan digital untuk tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu; (i) peranan kanak-kanak sebagai pereka bentuk permainan digital; (ii) kreativiti kanak-kanak dalam mereka bentuk permainan digital; (iii) kemahiran kanak-kanak dalam mereka bentuk permainan digital; dan (iv) pengukuran kreativiti dan kemahiran dalam mereka bentuk permainan digital. Hasil daripada kajian awal ini, penyelidik dapat mengenal pasti jurang yang wujud dalam melaksanakan integrasi permainan digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan teknologi yang diaplikasikan, pedagogi yang digunakan, kandungan permainan digital yang terdapat di pasaran dan pengetahuan kanak-kanak dalam mereka bentuk permainan digital. Melalui jurang ini, penyelidik juga dapat melihat potensi kanak-kanak sebagai pereka bentuk permainan digital yang dapat membantu mereka menonjolkan prestasi diri yang lebih maju yang membawa kebaikan kepada pencapaian Pendidikan selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-29

How to Cite

Md Ibharim, L. F., & Mohamad Yatim, M. H. (2019). Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak dalam Mereka Bentuk Permainan Digital bagi Tujuan Pembelajaran: Children Creativity and Skills in Designing Digital Games for Learning Purposes. Journal of ICT in Education, 1, 87–102. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2594