Persepsi guru terhadap Pembangunan Interactive Sensory Travel Kit dalam membantu kemahiran mengenal huruf kanak-kanak 5 tahun

Teachers' Perceptions Towards the Development of an Interactive Sensory Travel Kit to Help 5-Year-Old Children’s Letter Recognition Skills

Authors

  • Norhanisah Othman Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Malaysia
  • Anis Norma Mohamad Jaafar Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol14.1.7.2025

Keywords:

BBM interaktif, mengenal huruf, Interactive Sensory Travel Kit, kanak-kanak 5 tahun

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak terhadap keperluan pembangunan Interactive Sensory Travel Kit bagi membantu kemahiran mengenal huruf dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian dipilih melalui persampelan bertujuan, melibatkan seramai 80 orang guru dari sektor kerajaan dan swasta yang berada dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tahap kemahiran mengenal huruf dalam kalangan kanak-kanak 5 tahun adalah 3.6635 iaitu berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sedang menguasai kemahiran mengenal huruf. Manakala, min bagi keperluan pembangunan Bahan Bantu Mengajar (BBM) interaktif adalah 4.3803 yang berada pada tahap tinggi. Berdasarkan kedua-dua dapatan tersebut, kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan BBM interaktif berpotensi untuk membantu meningkatkan kemahiran mengenal huruf dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun. Hal ini kerana guru menyedari kesan positif penggunaan kit interaktif yang melibatkan elemen sensori dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Implikasi kajian ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kemahiran mengenal huruf kanak-kanak melalui penggunaan Interactive Sensory Travel Kit. Justeru itu, penggunaan BBM interaktif ini dijangka memberikan impak positif dalam mengatasi masalah kemahiran mengenal huruf yang dihadapi oleh kanak-kanak berusia 5 tahun.

This study was conducted to examine the perceptions of teachers in the field of Early Childhood Education regarding the need to develop the Interactive Sensory Travel Kit to support letter recognition skills among 5-year-old children. A quantitative approach with a survey research design was employed in this study. The study sample was selected through purposive sampling, involving a total of 80 teachers from both the government and private sectors specializing in Early Childhood Education. This study utilized a questionnaire as the research instrument. The data were analysed descriptively using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software, version 29.0. The findings indicate that the mean score for letter recognition skills among 5-year-old children is 3.6635, which falls within the moderate level. This suggests that children are in the process of mastering letter recognition skills. Meanwhile, the mean score for the need to develop interactive teaching aids is 4.3803, which is categorized as high. Based on these findings, the study suggests that the development of interactive teaching aids has the potential to enhance letter recognition skills among 5-year-old children. This is because teachers recognize the positive effects of using interactive kits that incorporate sensory elements in the teaching and facilitation process. The implications of this study are expected to contribute to the improvement of children's letter recognition skills through the use of the Interactive Sensory Travel Kit. Therefore, the use of these interactive teaching aids is anticipated to have a positive impact on addressing letter recognition challenges faced by 5-year-old children.

Keywords: interactive teaching aids, recognizing letters, Interactive Sensory Travel Kit, children 5 years old

References

Abdul Rasid Jamian. (2021). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.

Azlinda Mohd Norudin& Mohd Shukry Omar. (2021). “Tebus 5.5. 7.9” Meningkatkan Kemahiran Menyebut Huruf Bagi Murid Prasekolah Menerusi Pendekatan Belajar Melalui Bermain. PROSIDING, 9.

Charles & Ying-Leh. (2020, October). Peranan Bahan Bantu Mengajar Dan Persekitaran Maklum Balas dalam Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Pelajar. Kertas kerja. National Research Innovation Conference (NRICon 2020) (pp. 20-21).

Chew F. P. & Mohd Fikri. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Prasekolah: The Implementation of Play ApproachiIn Teaching And Learning of Malay Language for Preschool Students. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(1), 14-25.

Hawati Abdul Hamid. (2021). Tangani risiko buta huruf dengan program intensif 3M. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute. License: Creative Commons Attribution CC BY, 3.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017. Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017. Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Sample size determination table. Educational and psychological Measurement, 30, 607-610.

Merriam, S. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation (Revised and expanded from 'Qualitative research.

Mohd Zuhairil. (2019). Pendekatan Kuantitatif dalam Penggunaan R. Universiti Malaysia Sabah, Sabah.

Mohd. Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nur Shahirah Mat Isa & Zamri Mahamod. (2021). Tahap pengetahuan, sikap dan masalah guru bahasa Melayu terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran komsas. Asian People Journal (APJ), 4(1), 93-107.

Pallant, J. (2010). SPSS survival manual a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press.

Prishilya Anggini & Rakimahwati. (2022). Efektivitas Permainan Lempar Dadu Cari Huruf Terhadap Kemampuan Mengenal Huruf. Journal of Education Research, 3(3), 131-137.

Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali & Adnan Jusoh. (2021). The Use of Teaching Aids (BBM) in the Subject Theme of “Colonization in Southeast Asia in the 19th Century”: Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Subjek Tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada Abad ke-19”. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13(1), 1-13.

Rosyati Manaf & Kamariah Abu Bakar. (2022). The Use of Letter Cards in The Learning and Facilitation of Reading Skills for Preschool Children. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15, 76-82. https://doi.org/10.37134/bitara.vol15.sp.8.2022.

Downloads

Published

2025-02-18

How to Cite

Othman, N., & Mohamad Jaafar, A. N. (2025). Persepsi guru terhadap Pembangunan Interactive Sensory Travel Kit dalam membantu kemahiran mengenal huruf kanak-kanak 5 tahun: Teachers’ Perceptions Towards the Development of an Interactive Sensory Travel Kit to Help 5-Year-Old Children’s Letter Recognition Skills. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 14(1), 92-103. https://doi.org/10.37134/jpak.vol14.1.7.2025

Most read articles by the same author(s)