KESAHAN KANDUNGAN MODUL LITERASI AWAL (MODUL LIT-A) PADA PERINGKAT KANAK-KANAK BERUMUR 2+, 3+ DAN 4+ TAHUN

CONTENT VALIDITY OF EARLY LITERACY MODULE (MODULE LIT-A) FOR CHILDREN AGED 2+, 3+, AND 4+ YEARS

Authors

  • Zainiah Mohamed Isa Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Juppri Bacotang Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mazlina Che Mustafa Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.5.2017

Keywords:

kemahiran literasi awal, Modul Lit-A, kesahan kandungan, awal kanak-kanak, early literacy skills, content validity, early childhood

Abstract

Kajian ini menjelaskan kesahan kandungan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) pada peringkat kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ tahun di Malaysia. Modul Lit-A dibangunkan berdasarkan reka bentuk pengajaran model ADDIE yang memfokuskan kemahiran literasi awal dalam Bahasa Melayu seperti bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dan kefahaman naratif, dan tulisan awal. Modul Lit- A terdiri daripada tiga set yang berlainan mengikut umur kanak-kanak iaitu 2+, 3+, dan 4+ tahun. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan pandangan pakar melalui soal selidik berkaitan kandungan Modul Lit-A. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang pakar bagi Modul Lit-A (2+ Tahun), 10 orang pakar bagi Modul Lit-A (3+ Tahun), dan 8 orang pakar bagi Modul Lit-A (4+ Tahun). Dapatan kajian menunjukkan Modul Lit-A (2+, 3+, dan 4+ Tahun) mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Justeru, Modul Lit- A boleh dijadikan sumber tambahan kepada ibu bapa atau pendidik untuk memberi pendedahan tentang kemahiran literasi awal terhadap kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ tahun. Ini seterusnya dapat menyokong dan melengkapkan lagi kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang sedia ada di Malaysia.

This study explains contents validity of the Early Literacy Module (Modul Lit-A) for children aged 2+, 3+, and 4+ years in Malaysia. The Modul Lit-A is developed based on ADDIE model of teaching that focuses on early literacy skills in Malay such as language and communication, print concept and environmental print, phonemic and phonetic, narrative reading and comprehension, and early writing. The Modul Lit-A consists of three different sets of children's aged 2+, 3+, and 4+ years. The study was quantitative using the survey method to get an expert view through a questionnaire related to Modul Lit-A content. The research sample consists of 12 experts for the Modul Lit-A (2+ Years), 10 experts for the Modul Lit-A (3+ Years), and 8 experts for the Modul Lit-A (4+ Years). The findings show that the Modul Lit-A (2+, 3+, and 4+ Years) have high content validity. Thus, the Modul Lit-A can be used as an additional resource for parents or educators to provide exposure on early literacy skills for children aged 2+, 3+, and 4+ years. This in turn will support and complement the existing early childhood education curriculum in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-05-15

How to Cite

Mohamed Isa, Z., Bacotang, J., & Che Mustafa, M. (2017). KESAHAN KANDUNGAN MODUL LITERASI AWAL (MODUL LIT-A) PADA PERINGKAT KANAK-KANAK BERUMUR 2+, 3+ DAN 4+ TAHUN: CONTENT VALIDITY OF EARLY LITERACY MODULE (MODULE LIT-A) FOR CHILDREN AGED 2+, 3+, AND 4+ YEARS. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 57–68. https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.5.2017