KESAN PELAKSANAAN MODUL LITERASI AWAL (MULA) TERHADAP KEMAHIRAN LITERASI AWAL KANAK- KANAK TASKA

EFFECTS OF EARLY LITERACY MODULE (START) TOWARDS EARLY LITERACY SKILLS OF PRESCHOOL CHILDREN

Authors

  • Juppri Bacotang Universiti Selangor

Keywords:

kemahiran literasi awal, pengetahuan cetakan, tulisan awal, kesedaran fonologi, kanak-kanak TASKA, early literacy skills, print knowledge, early writing, phonology awareness, nursery children

Abstract

Kajian tentang tahap kemahiran literasi awal dalam kalangan kanak - kanak TASKA di Malaysia masih terhad dan belum berkembang dengan meluas. Kajian menggunakan kaedah kuasi-eksperimen ini dijalankan terhadap kanak-kanak TASKA untuk mengenal pasti kesan pelaksanaan Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran literasi awal kanak-kanak TASKA. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif yang. Sampel kajian berjumlah 20 orang kanak- kanak berumur empat tahun yang terdiri daripada 10 orang kanak- kanak lelaki dan 10 orang kanak-kanak perempuan. Intervensi pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama lima minggu. Dapatan kajian menunjukkan; (a) terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak TASKA dalam kumpulan rawatan sebelum dan selepas mendapat pelaksanaan aktiviti MULA; (b) tidak terdapat perbezaan signfikan dalam skor min tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak TASKA dalam kumpulan kawalan sebelum dan selepas mendapat pembelajaran biasa; dan (c) terdapat perbezaan signifikan dalam skor min peningkatan tahap kemahiran literasi awal antara kanak-kanak TASKA yang mendapat pelaksanaan aktiviti MULA dengan kanak- kanak TASKA yang mendapat pembelajaran biasa.

In Malaysia, studies on early literacy skills for nursery are limited and not fully develop. This study was conducted to identify the effectiveness of Early Literacy Module (ELM) towards early literacy skills of nursery children. This quantitative study (quasi-experiment) utilized 20 samples of nursery children aged four years old. Both teaching and learning interventions are carried out for five weeks. The result indicated that; (a) there was a significant difference in mean score (early literacy skills) for children in treatment group before and after the implementation of ELM treatment; (b) there was no significant difference in mean score (early literacy skills) for children in control group before and after receive the normal learning procedures; and (c) there were significant differences in mean score of early literacy skills improvement between nursery children in treatment group who get the implementation of ELM treatment and nursery children in control group who get implementation of the normal learning procedures.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-12-13

How to Cite

Bacotang, J. (2013). KESAN PELAKSANAAN MODUL LITERASI AWAL (MULA) TERHADAP KEMAHIRAN LITERASI AWAL KANAK- KANAK TASKA: EFFECTS OF EARLY LITERACY MODULE (START) TOWARDS EARLY LITERACY SKILLS OF PRESCHOOL CHILDREN. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 2, 1–20. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/756