Peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak melalui aktiviti bermain semasa perintah kawalan pergerakan

The role of parents in supporting the social development of children through play activities during the movement control order

  • Nor Fatinah Jaafar Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Azizah Zain Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Zarina Eshak Sekolah Kebangsaan Sri Suria, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Keywords: kemahiran sosial, bermain, ibu bapa, kanak-kanak, perintah kawalan pergerakan, social skill, play, parents, children, movement control order

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak melalui aktiviti bermain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemahiran sosial boleh dipertingkatkan melalui aktiviti bermain. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Sampel kajian seramai 123 orang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 6 tahun. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang mempunyai tiga bahagian bagi menjawab setiap objektif. Data dianalisis untuk melihat kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian untuk melihat pelaksanaan  aktiviti bermain oleh ibu bapa di rumah menunjukkan 60 peratus ibu bapa  sangat setuju memberi peluang kepada anak-anak bermain bersama dengan adik beradik yang lain semasa PKP. Dapatan untuk mengenal pasti peranan ibu bapa dalam membantu kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain di rumah sepanjang PKP menunjukkan 59 peratus  ibu bapa bersetuju anak mereka dapat berkomunikasi dengan baik dengan adik beradik yang lain. Dapatan untuk mengenal pasti cabaran ibu bapa dalam menyediakan aktiviti bermain sepanjang PKP menunjukkan keseluruhan ibu bapa tidak menghadapi sebarang cabaran yang sukar dalam menyediakan aktiviti bermain. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak melalui bermain semasa PKP. Implikasi kajian ini ialah bermain adalah penting dalam meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak dan ibu bapa perlu menyediakan aktiviti bermain semasa kanak-kanak di rumah.

This study aims to identify the role of parents in helping children's social development by playing throughout the Movement Control Order (MCO). Social skills can be enhanced through play activities. .This study uses a quantitative approach through survey methods. The study sample of 123 people consists of parents who have a child who is 6 years old. The instrument used in this study is a questionnaire that has three parts to answer each objective. Data were analyzed to see frequency and percentage. Findings of the study to see the implementation of play activities by parents at home shows that 60 percent of parents strongly agree to give children the opportunity to play together with other siblings during MCO. Findings to identify the role of parents in helping children's social skills while playing at home during MCO show 59 percent of parents agree their children can communicate well with other siblings, Findings to identify challenges of parents in providing play activities during MCO show the whole parent does not face any difficult challenges in providing play activities. The conclusion of this study shows that parents play an important role in helping children's social development through play during MCO. The implication of this study is that play is important in improving children's social skills and parents need to provide play activities while children are at home.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul, M. A., Ismail, H., Mohamad, I., & Osman, Z. (2019). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 17-23.

Aksoy, P.; Baran, G. (2010). Review of studies aimed at bringing social skills for children in preschool period. Procedia-Soc. Behav. Sci., 9, 663–669.

Cai, Q., Huang, D., Ou, P., Yu, H., Zhu, Z., Xia, Z., et al. (2020). COVID-19 in a designated infectious diseases hospital outside Hubei Province. China. medRxiv.

Cooper, H., Robinson, J. C., & Patall, E. A. (2006). Does homework improve academic achievement? A synthesis of research, 1987-2003. Review of Educational Research, 76(1), 1–62. https://doi.org/10.3102/00346543076001001

Docksai, R. (2010, May). Teaching social skills: Success in school may be enhance by better social relationship. The Futurist, 12-13.

Elksnin, L. K, & Elksnin, N. (2006). Teaching social-emotional skills at school ami home. Love Publishing.

Jaslinah Makantal. (2014). Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain: Satu kajian kes di sebuah prasekolah. Jurnal Penyelidikan Kent, 12, 82-101.

Kit Yee, W., & Syed Akbar, S. H. (2017). Think-Group-Share meningkatkan kemahiran berkongsi dalam kalangan murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 6, 48 - 66. https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.sp.4.2017

Loukatari, P., Matsouka, O., Papadimitriou, K., Nani, S., & Grammatikopoulos, V. (2019). The effect of a structured playfulness program on social skills in kindergarten children. International Journal of Instruction, 12(3), 237-252. https://doi.org/10.29333/iji.2019.12315

Maleki, M., Chehrzad, M. M., Reza Masouleh, S. H., Kazemnezhad Leyli, E. (2018). Social skills in preschool children from their parents’ points of view. J Holist Nurs Midwifery, 28(4), 218-223.

Malik, A., Sarwar, M., Khan, N. (2010). Identification of the social development in early childhood in Pakistan. Journal of College Teaching and Learning, 7(6), 39-48.

Miller, E., & Almon, J. (2009). Crisis in kindergarten: Why children need to play in school. Alliance for Childhood, March, 1–8.

Moore, S. A., Faulkner, G., Rhodes, R. E. et al. (2020). Impact of the COVID-19 virus outbreak on movement and play behaviours of Canadian children and youth: A national survey. Int J Behav Nutr Phys Act, 17, 85. https://doi.org/10.1186/s12966-020-00987-8

Peng Chew, F., & Fikri Ismail, M. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(1), 14-25. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/3400

Szumski, G., Smogorzewska, J., & Karwowski, M. (2017). Academic achievement of students without special educational needs in inclusive classrooms: A meta-analysis. Educational Research Review, 21, 33–54
Published
2020-12-14
How to Cite
Jaafar, N. F., Zain, A., & Eshak, Z. (2020). Peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak melalui aktiviti bermain semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 52-60. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4537