Penguasaan Kemahiran Proses Sains Asas Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Di Selangor Berdasarkan Jantina, Lokasi Sekolah dan Aras Tahun

  • Ong Eng Tek
  • Bibi Hazliana Mohd Hassan
Keywords: kemahiran proses sains asas, jantina, lokasi sekolah, aras tahun, Perak

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membanding tahap penguasaan kemahiran proses sains asas (KPSA) dalam kalangan murid sekolah rendah tahap II berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan aras tahun. Dengan menggunakan Ujian Kemahiran Proses Sains Asas yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang sesuai untuk menilai kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengukur, meramal, dan menginferens, instrumen ini ditadbir kepada 337 orang murid daripada dua buah sekolah rendah kebangsaan bandar dan dua buah sekolah rendah kebangsaan luar bandar di Perak. Data dianalisis berdasarkan jantina dan lokasi sekolah menggunakan Ujian-t tak bersandar, dan berdasarkan aras tahun menggunakan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan (1) murid sekolah rendah tahap II gagal untuk mencapai tahap dua-pertiga atau 67% dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA; (2) tiada perbezaan jantina dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengelas yang memihak kepada perempuan; (3) murid bandar mencapai lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan murid luar bandar dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengukur; dan (4) tiada perbezaan yang signifikan dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA dalam kalangan murid tahun 4, 5 dan 6 kecuali menginferens yang memihak kepada murid tahun 6. Sebab-sebab yang mungkin untuk setiap dapatan utama dibincang.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-04-27
How to Cite
Eng Tek, O., & Mohd Hassan, B. H. (2019). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Asas Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Di Selangor Berdasarkan Jantina, Lokasi Sekolah dan Aras Tahun. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(2), 77-90. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2119

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>