KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL KARTUN DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN BIOLOGI PELAJAR

Authors

  • Ong Eng Tek
  • Rosmawati Muhammad Kharuddin
  • Sabri Salleh
  • Nurulhuda Abd Rahman

Keywords:

Modul kartun, pendidikan Biologi, ekosistem terancam

Abstract

 

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah modul kartun Ekosistem Terancam (Endangered Ecosystem) berbanding dengan kaedah buku teks dalam meningkatkan pencapaian Biologi dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah perempuan di Perak. Dengan menggunakan reka bentuk pretest-posttest control group design, seramai 39 orang pelajar dipilih secara rawak untuk mengikuti kaedah modul kartun manakala 33 orang pelajar lagi mengikuti kaedah buku teks. Pencapaian pelajar dalam topik “Endangered Ecosystem” dengan sub topik “Human activities than endanger an ecosystem” diukur melalui satu ujian 29 item aneka pilihan yang dijana oleh pengkaji dan mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang sesuai. Penganalisisan data menggunakan kaedah analysis of covariance (ANCOVA) menunjukkan bahawa nilai min terlaras (16.94) kumpulan modul kartun adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik (F(1,69) = 4.42, p < .05) berbanding dengan nilai min terlaras (15.31) kumpulan buku teks. Perbezaan nilai min terlaras ini, yang memihak kepada kumpulan modul kartun adalah juga signifikan secara pendidikan (educationally significant) berdasarkan pengiraan kesan saiz (effect size) bernilai 0.42. Dapatan kajian ini dibincang dalam konteks pendidikan sains di peringkat sekolah menengah dan diakhiri dengan implikasi untuk kajian-kajian masa depan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-27

How to Cite

Eng Tek, O., Muhammad Kharuddin, R., Salleh, S., & Abd Rahman, N. (2019). KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL KARTUN DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN BIOLOGI PELAJAR. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(1), 95–111. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2113

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>