Pengetahuan dan amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah

Authors

  • Nadzirah Osman Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Intan Farahana Abdul Rani Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol14.1.4.2024

Keywords:

Amalan pelaksanaan, guru prasekolah, kemahiran PAK21, pembelajaran abad ke-21, pengetahuan

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau tahap pengetahuan dan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru prasekolah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dilaksanakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah melibatkan 113 orang guru prasekolah di daerah Batu Pahat. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan tiga bahagian iaitu demografi, pengetahuan terhadap kemahiran PAK21 dan amalan pelaksanan terhadap kemahiran PAK21. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pengetahuan dan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21. Statistik inferensi pula melibatkan ujian korelasi Pearson yang menerangkan tentang hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah adalah tinggi (M = 3.84, SD= 0.49) manakala tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah adalah sederhana (M = 3.15, SD = 0.90). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana teguh (r = .04, p < .01) antara tahap pengetahuan dengan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah. Antara cadangan kajian lanjutan ialah pengkaji baharu boleh melaksanakan kajian mengenai faktor yang mempengaruhi amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah dan kajian khusus mengenai amalan pelaksanaan kemahiran kolaboratif di kelas prasekolah. Kesimpulannya, PAK21 merupakan pendidikan masa kini yang penting untuk dititikberatkan dalam kalangan guru dan dilaksanakan daripada peringkat prasekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Atış Akyol, N. (2023). Examination on 21st-century skills of preschool teachers [Pemeriksaan mengenai kemahiran abad ke-21 bagi guru prasekolah]. E-international Journal of Educational Research, 14(1), 57-70. https://doi.org/mj49

Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences [Analisis kuasa statistik untuk sains tingkah laku] (2nd ed.). Routledge. https://doi.org/vv3

David, P. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian TMK terhadap PdPc dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah [Mater’s thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris]. UPSI Digital Repository. https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6260

Henry, J. D., & Zamri Mahamod. (2021). Penerapan amalan kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi (4C) pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 239-248. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12576

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d). Ringkasan eksekutif pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025: Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/

/07/Pelan-Pembangunan-Pendidikan-2013_2025.pdf

Kim, S., Raja, M., & Seidman, E. (2019). Improving 21st-century teaching skills: The key to effective 21st-century learners [Menambah baik kemahiran pengajaran abad ke-21: Kunci kepada keberkesanan pelajar abad ke-21]. Research in Comparative and International Education, 14(1), 99-117. https://doi.org/ggjq82

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities [Menentukan saiz sampel untuk kajian], 30(3), 607-610. https://doi.org/ggb4r2

Manibarathi Nagaretnam, & Muhammad Sofwan Mahmud. (2022). Kesediaan guru dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran matematik abad ke-21 di sekolah rendah: Sebuah tinjauan literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11), Article e001876. https://doi.org/mj45

Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar Bahrin. (2019). Amalan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah, Jurnal IPDA 26(1), 13-24. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8022

Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman, & Ilyani Syiham Muhammad. (2020). Aplikasi ‘konsep 4C’ pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelajar sarjana mod pengajian pendidikan Bahasa Arab cuti sekolah UIAM. E-jurnal Bahasa dan Linguistik, 2(1), 12-22. https://doi.org/mj48

Muhammad Safuan Sahak. (2022). Pengaruh demografi dan amalan kemahiran PAK-21 oleh guru pelatih bagi subjek Matematik semasa pandemik COVID-19. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 12(1), 65–81. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/6426

Muhammad Yusuf. (2022). Kompetensi guru di abad 21 dan tantangan bagi guru membentuk konsep pembelajaran abad 21 [Master’s thesis, Universitas Lambung Mangkurat]. Thesis Commons.

Norazlin Mohd Rusdin, & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanan pembelajaran abad ke-21. In Syahrul Fahmy, Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Nabihah Abdullah & Rabiatul Manisah Mohamed (Eds.), Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management (Article ICTM-09). Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization Universiti Sultan Zainal Abidin.

Nur Hidayah Shazira Mohd Shukor, Mazlina Che Mustafa, & Norazilawati Abdullah. (2022). Pelaksanaan pendekatan projek terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kanak-kanak prasekolah. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(14), 72-87. https://shorturl.at/wBFPT

Nurulhuda Md Hassan, Nur An Nisa Fithri Mohd Noor, Yamuna Thasarathan, Qarihatun Najah Zainudin, Nur Syaidatul Aisyah Zainur, Nurul Raihana Najwa Mohamad Rizuaden, Nurfara Adilah Muhamad Fauz, Nurfatihah Tumin, & Nur Afina Syahida Mohamad Jefri. (2021). Perspektif guru terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar. Journal of Humanities and Social Sciences, 3(2), 50-56. https://doi.org/mj5h

Nuryati Nuryati, & Darsinah Darsinah. (2021). Implementasi teori perkembangan kognitif Jean Piaget dalam pembelajaran matematika di sekolah dasar. Jurnal Papeda: Jurnal Publikasi Pendidikan Dasar, 3(2), 153-162. https://doi.org/mj5k

Piaget, J. (1952). The origins of intelligence in children [Asal usul kecerdasan kanak-kanak] (M. Cook, Trans.). W W Norton & Co. https://doi.org/bsd9s2 (Original work published 1936)

Sekaran, U. (1992). Research methods for business: A skill building approach [Kaedah penyelidikan untuk perniagaan: Pendekatan pembinaan kemahiran] (2nd ed.). New York: John Wiley & Sons, Inc.

Stehle, S. M., & Peters-Burton, E. E. (2019). Developing student 21st Century skills in selected exemplary inclusive STEM high schools [Membangunkan kemahiran pelajar Abad ke-21 di sekolah menengah STEM inklusif yang boleh dicontohi]. International Journal of STEM Education, 6, Article 29. https://doi.org/gnkc5q

Sylva, K., Sammons, P., Melhuish, E. C., Siraj, I., & Taggart, B. (2020). Developing 21st century skills in early childhood: The contribution of process quality to self-regulation and pro-social behaviour [Menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kanak-kanak prasekolah: Sumbangan kualiti proses kepada pengawalan diri dan tingkah laku pro-sosial]. Zeitschrift Für Erziehungswissenschaft, 23(3), 465-484. https://doi.org/mj44

Sylviana Mantihal, & Siti Mistima Maat. (2020). Pengaruh pembelajaran abad ke-21 (PAK21) terhadap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Satu tijauan sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8329

Voon, S. H. & Muhammad Syawal Amran. (2021). Pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran matematik. Sains Insani, 6(2), 73-82. https://doi.org/mj7q

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: Development of higher psychological processes [Pemikiran dalam masyarakat: Pembangunan proses psikologi yang lebih tinggi]. Harvard University Press.

Downloads

Published

2024-04-30

How to Cite

Osman, N., & Abdul Rani, I. F. (2024). Pengetahuan dan amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 14(1), 28–36. https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol14.1.4.2024