PERKAITAN ANTARA MOTIVASI DAN KEPUASAN DALAM AKTIVITI RAKIT ARUS DERAS

RELATIONSHIP BETWEEN MOTIVATION AND SATISFACTION IN WHITEWATER RAFTING ACTIVITY

Authors

  • Hajar Asmidar Sama
  • Nelfianty Mohd Rasyid
  • Thariq Khan Azizuddin Khan

Abstract

Penglibatan dalam aktiviti rekreasi berasaskan cabaran kian meningkat popularitinya sejak kebelakangan ini. Walau bagaimanapun daripada 13 juta orang yang menyertai aktiviti rekreasi luar secara global, 12 juta lagi tidak lagi terlibat dengan aktiviti-aktiviti ini berikutan tahap kepuasan yang rendah terhadap aktiviti tersebut yang merangkumi perlaksanaan aktiviti, persekitaran dan kemudahan yang disediakan (Outdoor Industry Foundation, 2013). Kajian ini bertujuan untuk memahami corak penyertaan peserta khususnya di dalam aktiviti rakit arus deras dengan mengenal pasti faktor motivasi dan tahap kepuasan peserta. Kajian ini juga mengkaji hubung kait antara motivasi dan kepuasan di dalam aktiviti rakit arus deras. Reka bentuk kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Soal selidik Recreation Experience Preferences (REP) digunakan bagi mengkaji faktor motivasi dan Leisure Satisfaction Scale bagi mengkaji tahap kepuasan peserta rakit arus deras. Responden kajian terdiri daripada 404 orang yang menyertai aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, Perak. Analisis min, sisihan piawai dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan, alam semula jadi, keterujaan dan sosiabiliti sebagai motivasi utama di dalam aktiviti rakit arus deras manakala tahap kepuasan yang tinggi direkodkan di dalam faktor estetik, psikologikal dan sosial. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara beberapa pemboleh ubah motivasi dengan tahap kepuasan peserta. Kajian ini membuktikan bahawa, motivasi dan kepuasan berkait rapat di dalam penyertaan aktiviti rakit arus deras. Kesimpulannya, faktor motivasi yang mendorong peserta menyertai rakit arus deras tidak semestinya menjadi faktor yang sama yang menyumbang kepada kepuasan peserta. Oleh yang demikian, operator aktiviti dan pihak yang berkaitan perlu merancang strategi untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kepuasan estetik, psikologikal dan sosial peserta rakit arus deras untuk menjamin kepuasan yang tinggi di dalam penyertaan aktiviti ini.


Kata Kunci: Motivasi, Kepuasan, Rakit Arus Deras, Rekreasi Berasaskan Cabaran

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-11-24

How to Cite

Sama, H. A., Mohd Rasyid, N., & Azizuddin Khan, T. K. (2016). PERKAITAN ANTARA MOTIVASI DAN KEPUASAN DALAM AKTIVITI RAKIT ARUS DERAS: RELATIONSHIP BETWEEN MOTIVATION AND SATISFACTION IN WHITEWATER RAFTING ACTIVITY. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 5(2), 61–73. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/694

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>