Kitab Adab Perempuan: Analisis Kandungan Teks Berdasarkan Konsep Sastera Islam oleh Mana Sikana
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.4.2025Keywords:
Kitab Adab Perempuan, Sastera Islam, Analisis kandungan teksAbstract
Kajian ini menganalisis Kitab Adab Perempuan; sebuah teks yang ditulis oleh Ahmad bin Ya’qub Al-Johari, yang digunakan sebagai teks pendidikan di sekolah-sekolah agama perempuan di Johor pada awal abad ke-20. Teks ini ditulis pada tahun 1926 dalam tulisan Jawi dan telah ditransliterasi ke tulisan Rumi oleh Akademi Jawi Malaysia pada tahun 2017. Kitab Adab Perempuan mengandungi 31 bab yang merangkumi ilmu-ilmu berkaitan dengan adab, akhlak dan etika wanita Islam dalam kehidupan berumah tangga. Kandungannya meliputi pengurusan rumah tangga, tanggungjawab suami-isteri dalam perkahwinan serta pendidikan dan penjagaan anak, yang semuanya berasaskan kepada ajaran Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kandungan kitab tersebut sebagai sebuah karya sastera Islam berdasarkan konsep sastera Islam oleh Mana Sikana, iaitu dengan menjadikan teori Taabudiyyah sebagai landasan kajian. Berdasarkan aspek latar penulis, pengisian, teknik penulisan dan fungsi teks, dapatan kajian menunjukkan bahawa Kitab Adab Perempuan memenuhi ciri-ciri sastera Islam bukan kreatif, berfungsi sebagai panduan hidup dan pendidikan yang selaras dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Teks ini mengintegrasikan nilai Islam dengan budaya Melayu, menonjolkan peranan wanita sebagai isteri, ibu dan pendidik yang bertanggungjawab menyemai nilai agama Islam dalam diri individu. Gaya penulisan yang mempunyai unsur estetik, jelas dan praktikal, dengan ayat tersusun dan bahasa lembut, memastikan mesej keislaman disampaikan secara efektif kepada pembaca. Sebagai warisan budaya Melayu-Islam, kitab ini signifikan dalam pembentukan identiti wanita Muslim, mencerminkan keseimbangan antara estetika dan logik Islam. Kajian ini turut menyumbang kepada pengayaan literatur sastera Islam melalui analisis teks yang menyerlahkan nilai moral, etika dan pendidikan dalam kerangka ajaran Islam yang memfokuskan kepada peranan wanita Islam dalam rumah tangga dan masyarakat.
Downloads
References
Adam, F., & Omar, S. H. S. (2017). Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan Agama@ Madrasah di Malaysia. CIVILIZATION, 7, 8.
Ahmad bin Ya’qub Al-Johori. (2017). Kitab Adab Perempuan. Kuala Lumpur: Akademi Jawi Malaysia.
Halim, A., Alfani, M., Sekolah, A., Agama, T., Ibnu, I., & Batam, S. (2023). Peninggalan Kesultanan Islam Di Tanah Melayu Sebuah Pembaruan Pendidikan Islam Dan Tamadun Melayu. Jurnal Arriyadhah, XX, 49–55. https://jurnalstaiibnusina.ac.id/index.php/ary
Ismail, N., & Abd Aziz, M. K. N. (2021). Ahmad Bin Ya’qub Al-Johori dan Idea Pendidikan Perempuan Dalam Kerajaan Johor. Global Journal Al-Thaqafah, 11(2), 73-85.
Mana Sikana. 2014. Teori Sastera Taabudiyyah: Sastera Untuk Pengabdian. Kuala Lumpur: PTS Publication
Stai, N., & Bagan Batu, R. (2023). Pengaruh Pendidikan Agama Islam Terhadap Sikap Perempuan Melayu Dalam Pencegahan Problem di Keluarga. Dlm. DIDAKTIK: Journal of Educational Studies (Vol. 1, Issue 1).
Yaacob, A., & Akhir, N. M. (2021). Konsep sastera Islam menurut Mana Sikana. International
Journal of Modern Trends in Social Sciences, 4(18), 70-83. https://doi.org/10.35631/IJMTSS.418007
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nur Yuhanis Mohd Nasir, Eizah Mat Hussain, Nurhamizah Hashim, Abdul Mutalib Embong, Nor Fadhilah Dzulkifli

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


