Pemikiran Kerohanian Dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan Mutakhir Dan Kesan Positif Kepada Kanak-Kanak

Teaching Spirituality in Contemporary Children’s Literature

Authors

  • Farrah Humairah Mohd Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi Universiti Putra Malaysia

Keywords:

pemikiran kerohanian, cerpen kanak-kanak, mutakhir, kesan positif, kanak-kanak, spiritual thoughts, children's short stories, contemporary, positive effect, children

Abstract

Kertas kerja ini membicarakan tentang pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak mutakhir terpilih. Cerpen kanak-kanak masa kini, telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran kerohanian yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan mampu memberi kesan positif kepada kanak-kanak ataupun sebaliknya. Persoalannya adakah kumpulan cerpen kanak-kanak ini tidak memaparkan teladan yang baik kepada khalayak pembacanya dan benarkah pengarang menulis tanpa memasukkan psikologi kanak-kanak dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak dalam karya mereka. Setelah diteliti cerpen kanakkanak mutakhir yang dipilih ini sememangnya mempunyai unsur pemikiran kerohanian yang diterapkan oleh pengarang dalam karya yang dihasilkan untuk menyampaikan kesan positif kepada kanak-kanak, namun konsep sastera kanak-kanak dan psikologi kanak-kanak kurang dititikberatkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur kesepaduan pemikiran kerohanian yang digarap oleh pengarang dengan melihat kesan positif yang dipaparkan daripada pemikiran tersebut kepada khalayak pembaca khasnya kanak-kanak. Justeru, kajian ini mengambil satu unsur pemikiran daripada teori tempatan, iaitu Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran.

 

This paper looks into the inclusion of character education and the teaching of spirituality in selected, contemporary, literary texts. The Premier Literary Award Malaysia (HSPM) evaluation panels have voiced dissatisfaction with regards to the quality of children‟s literary books. In addition, such books were written from an adults‟ perspective and failed to look into psychological considerations. Text analysis revealed that the selected literary texts contained positive messages on spirituality. However, these texts lacked important literary elements and psychological considerations particularly sensitive to children and their needs. This study focussed on a local theory of thought; Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (The 4K Integrated Thinking Systems Theory) introduced by Mohd Yusof Hasan based on the coherence in thought philosophy.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-19

How to Cite

Mohd, F. H., & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2016). Pemikiran Kerohanian Dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan Mutakhir Dan Kesan Positif Kepada Kanak-Kanak: Teaching Spirituality in Contemporary Children’s Literature. PENDETA, 7, 35–51. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1190