Sorotan Sejarah perkembangan Kesusasteraan Negeri Pahang

Authors

  • A. Halim Ali Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.fa.1.2025

Keywords:

sejarah perkembangan, sasterawan Pahang, DPMP, pengiktirafan, sastera Malaysia

Abstract

Tradisi kesusasteraan di negeri Pahang bermula sejak sekian lama. Tradisi ini dapat dikesan menerusi genre sastera rakyat yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi dan dimiliki secara kolektif oleh Masyarakat setempat. Kemudian muncul selepas itu genre sastera agama, sastera hikayat dan sastera undang-undang. Perkembangan kesusasteraan Melayu di negeri Pahang bergerak seiring dengan perkembangan kesusasteraan di Tanah Melayu umumnya. Kesusasteraan Melayu di negeri Pahang memasuki era peralihan apabila munculnya karya novel berjudul ‘Hikayat Khalik dan Malik’ pada tahun 1927 dan novel ‘Hikayat Perjumpaan Asyik’ juga pada tahun 1927, karangan Zulkarnain Yaakub.  Kesusasteraan Melayu terus bergerak dan berkembang selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Muncul tokoh-tokoh pengarang seperti Tuan Haji Taib Akil, A. Karim, Sahmad Malaya, Zakaria Hitam, Tengku Alauddin Tengku Abdul Majid yang menggerakkan usaha memajukan kesusasteraan negeri Pahang menerusi Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) pada tahun 1957. Menerusi DPMP juga gerakan memajukan kesusasteraan lebih teratur dan aktiviti yang dirancang lebih tersusun. Perkembangan kesusasteraan di negeri Pahang telah menempuh pengalaman panjang dengan kepimpinan silih berganti dan aktiviti yang semakin mencabar. Pasang surut kemeriahan sastera menuntut kesiapsiagaan tingggi DPMP untuk mendepani pelbagai cabaran agar perkembangan sastera di negeri Pahang terus gagah menyusuri perjalanan sejarah dan kehidupan masa depan dengan lebih bertenaga.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A.Karim Abdullah. (2000). Peranan Sasterawan dan Kesusasteraan dari Sudut Pandangan Pemimpin dan Tokoh-Tokoh Pahang Darul Makmur. Kuala Lumpur: DPMP.

Abdul Halim Ali. (2001). ‘Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan biografiktif & antologi Khirul Bariah Arup’ kertas kerja, Seminar Persuratan Pahang. 2001.

Abu Bakar Hamid. (1987). ‘Dua Buah Novel Melayu Peralihan Karya Zulkarnai Yaakub’ dalam Abu Hassan Sham (Pngr). Kuala Lumpur, Biro Penerbitan GAPENA, hal. 191-201.

Abu Hassan Sham. (1987). Warisan Sastera Pahang Darul Makmur. (Pngr). Kuala Lumpur, Biro Penerbitan GAPENA.

Aripin Said. (1987). ‘Manuskrip Melayu Lama di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan Pahang Darul Makmur’, dalam Pahang Dalam Sejarah, Bil.2, 1987, hal. 40-42.

Buyong Adil. (2023). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Jaafar. (2002). Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu, Cheras, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Hasan Ahmad & Muhammad Hafiz Aswad Ahmad Kamal. (2024). Wacana ITKAS 2.0, Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah.

Kalthum Jeran. (2016). Hikayat Pahang. (Pngr), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koleksi Pengenalan Tarian dan Muzik Negeri Pahang. (2003). Kuantan: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang.

Madiawati Mamat@Mustaffa, et al. (2019.) Sastera Rakyat Pahang. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mohd Najib Tun Razak. (2000). ‘Pengiktirafan kepada Karyawan dan Sasterawan’ dalam A. Karim Abdullah (2000). Peranan Sasterawan dan Kesusasteraan dari Sudut Pandangan Pemimpin dan Tokoh-tokoh Pahang Darul Makmur. Kuala Lumpur: DPMP, hal. 69-73.

Norazit Selat. (2000). Pahang Sejarah dan Budaya. (Ed). Kuantan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Pahang Dalam Sejarah. (1987). Monograf, Bil 2, 1987. Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Shafie Abu Bakar. (1987). ‘Identiti Keislaman di Pahang: Naskhah-naskhah Keislaman yang ditemui di Temerloh dan Kaitannya dengan Tuk Syihabuddin bin Zainal Abidin’ dalam Abu Hassan Sham Warisan Sastera Pahang Darul Makmur. (Pngr). Kuala Lumpur, Biro Penerbitan GAPENA, hal. 166-190.

Wajah Biografi Penulis. (2005). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yaakub Isa & Mohammad Mokhtar. (1997). Monograf Pahang Salam Sejarah VII. Kuantan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Zainuddin Jumaat. (1987). ‘Biografi Ahmad Kotot’ dalam Abu Hassan Sham Warisan Sastera Pahang Darul Makmur. (Pngr). Kuala Lumpur, Biro Penerbitan GAPENA, hal. 239-246.

Downloads

Published

2025-11-28

How to Cite

Ali, A. H. (2025). Sorotan Sejarah perkembangan Kesusasteraan Negeri Pahang. PENDETA, 16(2), 1-13. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.fa.1.2025