Manhaj Al-Hikmah Menerusi Kaedah Lembut dalam Manuskrip Syair Dagang
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol16.2.4.2021Keywords:
Syair Dagang, al-Hikmah, dakwah, manhaj, manuskripAbstract
Manhaj al-Hikmah merupakan salah satu kaedah dakwah berdasarkan al-Quran, Surah al-Nahl (16:125). Manhaj al-Hikmah merupakan kaedah dakwah utama yang sangat digalakkan dalam perkembangan Islam. Namun begitu, manhaj al-Hikmah kurang dititikberatkan dalam kalangan pendakwah kini sehingga menggunakan pendekatan yang kurang tepat ketika berdakwah. Kesilapan penggunaan pendekatan dakwah dalam kalangan pendakwah terhadap sasaran (mad’u) membantutkan matlamat asal dakwah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji manhaj al-Hikmah melalui kaedah lembut dari aspek bahasa penulisan yang terdapat dalam manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160). Manuskrip Syair Dagang merupakan manuskrip Melayu bertulisan Jawi yang ditulis dalam bentuk syair. Syair Dagang dikategorikan sebagai syair nasihat dalam kelompok syair keagamaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan filologi. Analisis kandungan teks dilakukan berdasarkan bahan bacaan seperti jurnal, buku-buku, artikel dan tesis. Kajian teks dilakukan dengan meneliti manuskrip Syair Dagang menerusi pembacaan secara berulang-ulang. Hasil kajian mendapati bahawa manhaj al-Hikmah melalui kaedah lembut dari aspek ajakan seperti “dengarlah” dan “ayuhai” turut digunakan dalam manuskrip ini.
Downloads
References
Al-Quran al-Karim.
Ab. Aziz Mohd Zin. (2015). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ab. Razak Ab. Karim. (2002). Aspek Penggunaan Bahasa dalam Warkah-Warkah Melayu Lama: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Munir Ismail. (2014). Dakwah Islam dan orang pekak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Karim Zaydan. (1972). Usul al-Da’wah. Cet.2:Matba’ah Salman al-Azmi.Al-Habib Umar ben Hafiz. (2019). Asas Dakwah Menurut Tradisi Hadramaut (terj. Fawzan Najib & Fauzul Fitri). Kuala Lumpur: Apologia PLT.
Asmah Haji Omar. (2015). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1995). Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asri Zainul Abidin. (2020). Mukadimah Ilmu di dalam Memahami Hadis Nabinya. Perlis:.Jabatan Mufti Perlis.
Haron Din (2010). Manusia dan Islam (Jilid 1). Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Haron Din (2010). Manusia dan Islam (Jilid 2). Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Haron Din (2010). Manusia dan Islam (Jilid 3). Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Hamka. (2020). Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk. Selangor: PTS Publishing House.
............Sdn. Bhd. 197-198.
Hamka. (1990). Prinsip dan Kebijaksanaan Da’wah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Huzaimah Ismail, Norsiah Sulaiman & Nafisiah Rahman. (2013). Survival.Entrepreneur Muslim Berdasarkan Manuskrip ‘Syair Dagang Adanya’. Seminar.Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU). 179-191.
Kamus Dewan Perdana. (2020). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Raudah Siren. (2013). Retorik Penulisan Dakwah. Penerbit Universiti Malaya.
Sheikh Abdullah Basmeih. (1992). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. …… BAHEIS, JPM.
Siti Hawa Haji Salleh. (1999). Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Peranan Filologi. ...........Akademika 54 (Januari): 149.
Siti Khofifah. (2020). Model Komunikasi Dakwah di Desa Larangan Badung Kacamatan ………Pelengaan Kabupaten Pamekasan. Meyarsa, Vol. 1 No. 1.
Uswatun Ni’ami. (2020). Aktualisasi Dakwah di Era Globalisasi (Dalam Menegakkan Syariat Islam). Ulul Albab Jurnal Dakwah dan Sosial Keagamaan. Volume 07 No. 02.
Wan Hussein Azmi. (1994). Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.