KEMAHIRAN PENAAKULAN SAINTIFIK DAN STAIL PENGAJARAN PENSYARAH: INDIKASI AWAL KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Authors

  • Nor’ain Mohd. Tajudin
  • Nurulhuda Abd Rahman
  • Noor Shah Saad
  • Asmayati Yahaya
  • Hasimah Alimon
  • Mohd. Uzi Dollah
  • Mohd. Mustamam Abd Karim

Keywords:

Kemahiran penaakulan saintifik, Stail pengajaran

Abstract

Penyelidikan tinjauan ini bertujuan menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) pelajar Sains, Matemaik dan Kejuruteraan (SMK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA),stail pengajaran pensyarah (SPP) serta hubungan antara KPS dan SPP. Seramai 975 pelajar daripada enam buah universiti terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara teknik persampelan rawak berstrata. Terdapat dua instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Soal Selidik Stail Pengajaran Pensyarah. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min serta pekali korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan pelajar masih berada pada tahap operasi konkrit. Dua stail pengajaran pensyarah yang dominan menurut persepsi pelajar adalah pakar dan pemberi kuasa. Walau bagaimanapun kajian menunjukkan terdapat korelasi negatif yang lemah antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan stail pengajaran pensyarah. Dapatan kajian ini dapat di jadikan sebagai penanda aras tahap KPS pelajar SMK di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Malaysia. Kajian perbandingan dengan pelajar di luar negara dan seterusnya pembinaan model pengajaran yang mempunyai potensi yang baik bagi meningkatkan tahap KPS pelajar merupakan kajian lanjutan yang harus dijalankan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada masalah ketidaksetaraan antara tahap penaakulan saintifik dengan umur pelajar.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-27

How to Cite

Mohd. Tajudin, N., Abd Rahman, N., Saad, N. S., Yahaya, A., Alimon, H., Dollah, M. U., & Abd Karim, M. M. (2019). KEMAHIRAN PENAAKULAN SAINTIFIK DAN STAIL PENGAJARAN PENSYARAH: INDIKASI AWAL KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(1), 48–59. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2109

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>