Keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 Sekolah Rendah

The ability of standard 3 Primary School pupils in solving mathematical word problem by draw a Diagram Strategy

  • Norazlin Mohd Rusdin Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Uzi Dollah Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Keywords: Penyelesaian Masalah Matematik, Strategi Melukis Gambar Rajah, Think Aloud

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid Tahun 3 sekolah rendah menyelesaikan masalah matematik berayat berdasarkan Model Penyelesaian Masalah Polya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan bertujuan dan melibatkan seorang peserta Tahun 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kinta Utara. Peserta ini berada pada tahap penguasaan baik dalam matematik. Pengumpulan data menggunakan Teknik Think Aloud, Protokol Temu Bual dan Senarai Semak Pemerhatian. Dapatan kajian yang berbentuk rakaman video, skrip penulisan penyelesaian masalah dan catatan penyelidik dianalisis secara kualitatif melalui lima proses iaitu penerokaan data kajian, transkripsi, mengorganisasi, pengkodan dan analisis dapatan. Analisis menjelaskan proses penyelesaian masalah oleh murid merujuk kepada Model Polya, khususnya strategi melukis gambar rajah. Hasil kajian menunjukkan peserta telah melaksanakan proses memahami masalah, merancang dan melaksanakan strategi, menyemak semula penyelesaian serta menggunakan strategi melukis gambar rajah secara agak menyeluruh dan berkesan dalam menyelesaikan empat soalan matematik berayat yang dikemukakan. Kesimpulannya, peserta berupaya menyelesaikan masalah matematik berayat dengan melakukan keempat-empat langkah dalam model Polya. Implikasi kajian menunjukkan proses penyelesaian masalah berdasarkan 4 langkah Model Polya dan strategi melukis gambar rajah adalah sesuai dipratikkan dalam pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat dalam kalangan murid Tahun 3 sekolah rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bruun, F. (2013). Elementary Teachers’ Perspectives of Mathematics Problem Solving Strategies. The Mathematics Educator, Vol. 23, No. 1, 45–59.

Ersoy, E. (2016). Problem Solving and Its Teaching in Mathematics. The Online Journal of New Horizons in Education, Vol. 6, Issue 2.

Farizan Ismail. (2013). Keberkesanan Kaedah Model Bar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

G. Polya. (1957). How to Solve It: A New Aspect of Mathematical Method. Second Edition, Princeton University Press. New Jersey.

Killpatrick, J., Swafford, J. & Findell, B. (2001). Adding It Up: Helping Children Learn Mathematics. NRC ISBN: 0-309-50524-0

Leong, L. K. (2007). Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Maslinah Lasiun. (2016). Keberkesanan Kaedah Visualisasi: Meningkatkan Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. Proceeding of ICECRS, 1 (2016), 1-11, ISSN. 2548-6160.

Nekmahtul Hafizah Abdul Kani & Masitah Shahril. (2015). Applying the Thinking Aloud Pair Problem Solving Strategy in Mathematics Lesson. Asian Journal of Management Sciences & Education, Vol. 4, No. 2, 20-28.

Norulbiah Ngah & Effandi Zakaria. (2016). Keupayaan Pelajar Dalam Menjana Masalah, Menyelesaikan Masalah Matematik dan Sikap Pelajar Terhadap Penyelesaian Masalah. Jurnal Pendidikan Matematik, Vol.4, No. 1, 1-16.

Peter, A. (2003). Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Masalah Bercerita Dalam Matematik: Satu Kajian Tindakan. Retrieved on September 23, 2016, form http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003andy.pdf

Poch, A. L., van Garderen, D. & Scheuermann, A. (2015). Student’s Understanding of Diagram for Solving Word Problem: A Framework for Assessing Diagram Proficiency. Teaching Exceptional Children, Vol. 47, No. 3, 153-162.

Polya, G. (1973). How to solve it. Princeton: Princeton University Press.

Qin, Z., Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1995). Cooperative Versus Competitive Efforts and Problem Solving. Review of Educational Research Summer 1995, Vol. 65, No. 2, 129-143.

Rita Novita & Mulia Putra. (2016). Using Task Like PISA’S Problem to Support Student’s Creativity in Mathematics. Journal on Mathematics Education, Vol. 7, No. 1, 31-42.

Roslina Radzali, T. Subahan Mohd Meerah & Effandi Zakaria. (2010). Hubungan antara Kepercayaan Matematik, Metakognisi dan Perwakilan Masalah dengan Kejayaan Penyelesaian Masalah Matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2) (2010): 1-7.

Samsudin Drahman & Fatimah Saleh, (2004). Visualisation in Solving Mathematics Word Problem. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 19, 47-65.

Suzieleez Syrene Abdul Rahim & Tajularipin Sulaiman. (2006). Gambaran Mental dan Perwakilan Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tentang Konsep Fungsi. Jurnal Teknologi, 44(E) Jun 2006: 45–60 © Universiti Teknologi Malaysia.

Tuan Siti Humaira Tuan Hashim & Mohamad Amir Shah Ahmad. (2016). Analisis Kesalahan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Tahun 3. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia VOL.6 NO.2 / ISSN 2232-0393 69, 69-84.

Van Garderen, D. & Scheuermann, A. (2014). Diagramming Words Problems. Intervention in School and Clinic. doi: http://1177/1053451214560889.

Yuan, S. (2013). Incorporating Polya’s Problem Solving Method in Remedial Math. Journal of Humanistic Mathematics, Vol. 3, No.1, 96-107.
Published
2018-12-29
How to Cite
Mohd Rusdin, N., & Dollah, M. U. (2018). Keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(2), 74-85. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.2.7.2018