Penggunaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi KSSR Tahun 3 bagi tajuk Darab dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 3

Authors

  • Salmiah Salleh Hudin SK Panchor, Kg Melayu Panchor, Muar, Johor, MALAYSIA
  • Noor Shah Saad Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Mohd Uzi Dollah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

Keywords:

i-Think, achievement, interest, science

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi KSSR Tahun 3 Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap tahap penguasaan kemahiran darab murid. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan tentang penggunaan modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi KSSR Tahun 3 bagi tajuk Darab. Ujian topikal Darab menunjukkan murid lemah dalam penguasaan kemahiran mendarab. Data pencapaian penguasaan tajuk Darab murid dikumpul melalui tiga ujian iaitu ujian-pra, ujian-pos pertama dan ujian-pos putaran kedua seperti dalam Model Kajian Tindakan Somekh (1989). Seramai 27 orang murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Panchor, Muar telah dipilih menjadi sampel kajian. Data hasil dapatan kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi KSSR Tahun 3 memberikan kesan yang positif terhadap tahap penguasaan kemahiran darab murid. Perbezaan pencapaian murid yang signifikan menerusi ketiga[1]tiga ujian membuktikan bahawa penggunaan modul adalah alternatif yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Darab.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Azizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010).Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41.

Barmby, P., Bilsborough, L., Harries, T., & Higgins, S. (2009). Primary Mathematics: Teaching for Understanding. Buckingham: Oxford University Press.

Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan. (2006). Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik Antara Murid Yang Belajar Abakusaritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak Belajar Abakus-Aritmetik Mental.Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Dimuat turun pada 28 Jun 2014, daripada http://web.usm.my/education/publication/6%20Cheah%20 (85-100).pdf

Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide.Dimuat turun pada 23 April 2014, daripada http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0=Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSearch_SearchType_0=kw&_pageLabe l=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno=ED376355&_nfls=false.

Goh, M.L. (2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 Hingga 8 Murid Tahun Tiga: Refleksi Pembelajaran Penggunaan Teknik Menganalisis Data. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, 24-35.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Stanley Gawing Jawang & Julaihei @ Julaihi bin Mahdi (2006). Masalah Penguasaan Fakta Asas Darab Di Dua Buah Sekolah Rendah Dalam Bahagian Sarikei. Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2006). Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Tahun 5 menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan 2005, 69-97.

Zainuddin Bin Abu Bakar & Mohd.Rashidi Bin Mat Jalil. (2007). Keberkesanan Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian diSekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Downloads

Published

2015-05-04

How to Cite

Salleh Hudin, S., Saad, N. S., & Dollah, M. U. (2015). Penggunaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi KSSR Tahun 3 bagi tajuk Darab dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 3. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 5(1), 44–56. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2142

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>