Pertimbangan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin: Penggunaan ‘Sociomoral Reflection Measure-Short Form Objective’ (SRM-SFO) [Moral judgement among students with disciplinary problems: The usage of „Sociomoral Reflection Measure-Short Form Obj

Authors

  • Sathish Rao Appalanaidu Sultan Idris Education University, Malaysia

Keywords:

Pertimbangan moral, Nilai moral, Masalah disiplin, Delinkuen dan sosiomoral

Abstract

Kewujudan masalah disiplin dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah menengah yang sentiasa meningkat kini telah menjadi trend bagi budaya persekolahan. Persoalan mula timbul iaitu dari siapakah remaja mempelajari nilai moral dan kehidupan? Remaja tahu apa yang betul dan apa yang bermoral akan tetapi mereka tidak bertindak sewajarnya kerana ia lebih sukar untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara tersebut. Oleh itu, remaja terutamanya pelajar yang bermasalah disiplin menghadapi kesukaran untuk memikirkan yang terbaik untuk diri mereka berdasarkan kemoralan. Berdasarkan kepada fakta- fakta ini, objektif utama kajian yang berbentuk kuantitatif telah ditetapkan iaitu untuk mengkaji darjah pertimbangan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Kajian ini menggunakan sampel bertujuan berjumlah 100 orang responden. Borang soal selidik yang telah dibangunkan oleh Daniel Brugman, Gibbs dan Fuller (2007) iaitu „Sociomoral Reflection Measure – Short Form Objective‟ (SRM-SFO) digunakan dalam kajian ini sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menyatakan bahawa sebanyak 96% pelajar bermasalah disiplin berada pada peringkat tidak matang iaitu pada peringkat 2 dan kebawah

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-10-06

How to Cite

Appalanaidu, S. R. (2018). Pertimbangan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin: Penggunaan ‘Sociomoral Reflection Measure-Short Form Objective’ (SRM-SFO) [Moral judgement among students with disciplinary problems: The usage of „Sociomoral Reflection Measure-Short Form Obj. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 5(2), 50–64. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JRPPTTE/article/view/206