Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Mata Pelajaran Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

The Level of Achievement on the Integrated Science Process Skills in Science Subject among Form Five Students

  • Wun Thiam Yew
  • Sunita Binti Tajuddin
Keywords: tahap pencapaian, kemahiran proses sains bersepadu, sains, pelajar tingkatan lima, level of achievement, integrated science process skills, science, form five students

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) bagi mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan lima yang dipilih secara rawak berkelompok daripada empat buah sekolah dalam Daerah Kerian, Perak. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan satu instrumen kajian, iaitu Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB), untuk menentukan tahap pencapaian KPSB bagi mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pencapaian KPSB pelajar secara keseluruhannya adalah sederhana. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPSB mengikut jantina.

-------------------------------------------------------------------------------------------

The purpose of this study was to determine the level of achievement on the integrated science process skills in science subject among form five students. This study employed quantitative approach with survey research design. Sample of this study consisted of 150 form five students selected using stratified random sampling from four schools in Kerian District, Perak. In this study, the researchers employed one research instrument, namely Integrated Science Process Skills Test (ISPST), to determine the level of achievement on the integrated science process skills in science subject among form five students. The finding of this study showed that the level of students achievement on the overall integrated science process skills was moderate. The finding also showed that there was no significant difference in the mean score of integrated science process skills by gender.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Wun Thiam Yew

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Sunita Binti Tajuddin

Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing, Simpang Empat, Perak

Published
2015-12-01
How to Cite
Thiam Yew, W., & Binti Tajuddin, S. (2015). Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Mata Pelajaran Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Journal of Science and Mathematics Letters, 3, 7-14. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/377