Dualisme: Ekspresi Kendiri Melalui Eksplorasi Seni Arca

Dualism: Self-Expression Through The Exploration of Sculpture

Authors

  • Baharim Samuri
  • Mohd Fauzi Sedon

Keywords:

dualisme, ekspressi, laman sosial, personaliti

Abstract

Kajian ini meneliti aspek dualisme pada pernyataan kendiri (ekspresi) dalam media sosial menerusi eksplorasi karya seni arca. Aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia boleh dilihat melalui bagaimana mereka menjalani rutin seharian dengan gaya dan amalan kehidupan oleh seseorang. Penyataan ekspresi diri ini boleh berlaku melalui pelbagai cara, sama ada perlakuan kehidupan sebenar ataupun melalui perlakuan mereka menggunakan media teknologi di laman-laman sosial secara maya. Dalam kehidupan yang dilalui, perlakuan secara tidak langsung dipengaruhi oleh pertemuan  antara budaya tradisi dan moden, pertembungan antara satu budaya setempat dengan budaya luar dan perubahan-perubahan semasa yang dialami. Adakalanya terdapat konflik dan secara sedar ataupun tidak berlaku pertembungan antara dua perkara ketika menjalani kehidupan tersebut. Melalui subjek yang diperolehi dalam sumber laman sosial Facebook, kajian ini melihat perlakuan individu yang yang dilihat dalam medan pergaulan sosial masyarakat mengikut tren terkini. Melalui Facebook, pelbagai luahan ekspresi terlihat melalui pelbagai aspek penampilan seperti pemaparan gambar dan foto, ekspresi melalui perkataan seperti komen dan mesej serta paparan-paparan lain dalam aplikasi. Penyelidikan ini membuka potensi ekspresi yang diterjemah melalui eksplorasi medium bahasa visual iaitu persembahan seni arca. Ia dapat memberi satu cadangan interpetasi pada proses dan hasil yang didapati terhadap aspek ekspresi dan pembentukan personaliti diri. Melalui persembahan karya yang dihasilkan dengan tema dualisme ekspresi ini, ia memberikan satu persepsi tentang fenomena yang berlaku dan ia adalah cerminan realiti yang sebenar dalam kehidupan kini. Akhirnya penyataan ekspresi dan luahan kendiri ini berupaya menerangkan tentang keadaan
individu yang menjadi kumpulan masyarakat dan menjadi transformasi budaya masyarakat setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Samuri, B., & Sedon, M. F. (2019). Dualisme: Ekspresi Kendiri Melalui Eksplorasi Seni Arca: Dualism: Self-Expression Through The Exploration of Sculpture. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 3. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2239

Most read articles by the same author(s)