Pentafsiran Semula Selfie dalam Seni Arca Kontemporari

Re-Interpreting Selfie in Contemporary Sculpture

Authors

  • Aznan Omar
  • Mohd Fauzi Sedon

Keywords:

selfie, seni kontemporari, gaya hidup digital

Abstract

Selfie atau mengambil gambar diri sendiri (potret diri) menjadi fenomena yang telah menjangkiti hampir semua golongan remaja, dewasa malah kanak-kanak. Selfie telah menjadi wacana visual yang sangat kuat melibatkan komunikasi sosial masa kini. Selfie berkait secara langsung dengan identiti seseorang dalam dunia siber yang semakin popular dan membentuk budaya baru pada abad ini. Sudah tentu, mengambil gambar diri sendiri adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan konsep seni untuk seni, tetapi selfie merupakan satu subjek yang sangat menarik dan boleh menjadi seni baru untuk orang ramai. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji karya-karya seni yang diilhamkan daripada budaya mengambil gambar diri sendiri atau selfie dengan cara menganalisa fenomena selfie menerusi penghasilan karya seni kontemporari. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengembangkan budaya selfie merentasi media dalam konteks seni moden yang merupakan medium baru dalam bidang seni kontemporari. Penyelidikan ini menggunakan kaedah praktis studio melalui kajian yang melibatkan eksperimentasi, fabrikasi, modifikasi dan manipulasi bahan yang menjadi teras dalam proses penghasilan seni kontemporari. Hasil kajian ini mendapati selfie dalam konteks seni kontemporari menjelaskan interaksi manusia dalam budaya berkongsi dan menyiarkan gambar menerusi rangkaian media sosial yang berkaitan dengan peranti mudah alih merupakan tren semasa. Selfie adalah suatu ekspresi terhadap aspirasi, emosi dan obsesi yang menjelaskan gaya hidup digital masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Omar, A., & Sedon, M. F. (2019). Pentafsiran Semula Selfie dalam Seni Arca Kontemporari: Re-Interpreting Selfie in Contemporary Sculpture. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 3. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2250

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>