Analisis Melodi dan Seni Kata Lagu Terbaik Industri Muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura tahun 2013

Analysis of the Melody and Lyrics of the Best Songs from Malaysia, Indonesia and Singapore in 2013

Authors

  • Mohd Azam bin Sulong Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

analisis melodi, muzik popular, Anugerah Industri Muzik Malaysia, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Muzik Indonesia

Abstract

Tujuan artikel ini ialah untuk menganalisis melodi dan seni kata lagu yang terdapat dalam lagu terbaik dari negara Malaysia, Indonesia dan Singapura pada tahun 2013. Lagu-lagu yang dipilih ini merupakan lagu-lagu yang telah dianugerahkan ‘Lagu Terbaik’ dari negara masing-masing. Di Malaysia anugerah yang berprestij antaranya ialah (a) Malaysia Anugerah Industri Muzik (AIM); (b) Indonesia—Anugerah Indonesia Muzik (AMI); dan (c) Singapura—Anugerah Planet Music (APM). Lagu-lagu yang memenangi anugerah ialah Lelaki oleh Yuna (AIM, 2013), Haruskah Terpisah oleh Cakra Khan (AMI, 2013) dan Jangan Ganggu Pacarku oleh Alif Aziz (APM, 2013). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis melodi dan seni kata lagu. Walaubagaimanapun pendekatan kuantitatif juga digunapakai sebagai data sokongan. Lagu-lagu yang dipilih dianalisis dan dibincangkan dari sudut teori muzikologi dalam penciptaan melodi dan teori stilistik mengenai gaya bahasa seni kata lagu. Hasilnya, lagu-lagu tersebut menggunakan stail perulangan, meter 4/4, jeda yang dominan adalah major ke-2, renj melebihi satu oktaf, hook, unsur-unsur bunyi aliterasi dan asonansi, penggunaan gaya anadiplosis, eroteis, paralleslism, sinisme, sarkasme, antithesis, paradoks dan anapora.  

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-03-01

How to Cite

Sulong, M. A. bin. (2015). Analisis Melodi dan Seni Kata Lagu Terbaik Industri Muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura tahun 2013: Analysis of the Melody and Lyrics of the Best Songs from Malaysia, Indonesia and Singapore in 2013. Malaysian Journal of Music, 4(2), 91–116. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MJM/article/view/811